Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan lapan perkara terma RCI tersebut dan mengatakan ianya telah mendapat persetujuan Yang di-Pertuan Agong.
“Penubuhan RCI membuktikan komitmen kerajaan untuk menyiasat isu yang berkaitan dengan pendatang haram di Sabah,” kata Najib dalam sidang akhbar di ibupejabat Umno Sabah.
“Kerajaan berharap rakyat Sabah akan mendapat manfaat daripada RCI ini dan membantu kerajaan untuk mencari cara dan strategi terbaik untuk menyelesaikan masalah ini.”
Lima ahli panel akan dipengerusikan oleh bekas hakim Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Chim Lip Kiong, dan empat pesuruhjaya. Ianya bekas naib canselor Universiti Malaysia Sabah, Datuk Seri Prof Dr Kamaruzaman Ampon; bekas peguam negeri Sabah, Tan Sri Herman J. Luping; bekas timbalan pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia dan bekas ketua polis Kuala Lumpur, Datuk Henry Poy-Wu; dan bekas setiausaha negeri Sabah, Datuk Kee Mustafa.
_______________
Menurut Datuk Wilfred Mojilip Bumburing ...
Dari 3.12 juta penduduk Sabah hari ini, dianggarkan 27 peratus (926,638) adalah pendatang asing.
Bumburing berkata bahawa pendatang tanpa izin ini telah menggunakan
nama “Islam” dan mengaburi mata dengan menjadikan mereka 60 peratus dari
Melayu Islam, dari mengekalkan bangsa asal mereka.Dakwaan Bumburing itu disahkan oleh seorang penduduk tempatan yang namanya enggan untuk diberitahu dalam temubual baru-baru ini.
Penduduk itu, berdarah separuh dari Filipina, berkata ayahnya dan pakciknya telah meninggalkan Filipina untuk ke Sabah pada lewat 1950an dan kedua mereka telah ditawarkan kad pengenalan.
Tetapi, mereka diberikan syarat - mereka mesti menggunakan nama orang Islam, “menjadi Melayu” dan menganut agama Islam.
Lelaki itu berkata ayahnya enggan untuk menerima tawaran itu, namun pakciknya mengambil peluang tersebut. Kemudian pakciknya itu kini sering menghadiri mesyuarat Umno dan mengundi parti pemerintah itu, sebagai pertukaran kepada kebebasannya di sini.
“Ini bukan cerita baru. Ada banyak lagi cerita seperti ayah dan pakcik saya. Dan ramai yang bersetuju untuk mengambil kad pengenalan itu dan menerima syarat itu, untuk tinggal di sini,” katanya lagi.
Bumburing berkata “warganegara-untuk-undi” ini telah berterusan dan tidak diperiksa selama berkurun dan kini sampai ke satu tahap bila pendatang asing ini berani untuk menguasai dan menghalau orang tempatan dalam perniagaan.
“Ini sudah ke tahap bila PTI (pendatang tanpa izin) ini berani untuk bersuara. Saya mendengar ini setiap hari, dari orang ramai. Bila mereka bergaduh untuk merebut tempat menjual sayur di pasar, orang tempatan yang dihalau keluar.
“Semalam (Rabu) bila penduduk tempatan melawan kembali dan berkata ‘ini negara kami’, pendatang ini melawan dan berkata, kami akan merampas negeri ini dari kamu satu hari nanti,” kata Bumburing.
“Bila pegawai kami datang, mereka berkata, ‘nanti kami akan menguasai kerusi kerajaan, dan menguasai dalam dewan negeri.
“Pendatang tanpa izin ini menggunakan sumber kami, menyebabkan masalah sosial dan kesihatan kami terganggu, mereka bawa dadah dan penyakit ke Sabah.
“Tetapi yang paling penting mereka telah merampas kedaulatan negeri kami dan kerajaan tidak melakukan apa-apa,” katanya lagi.
Lebih buruk lagi, Bumburing berkata kini pendatang tanpa izin ini diberikan hak untuk mengundi untuk menentukan masa depan politik negeri ini.
Menurut analisis yang dijalankan, lebih 250,000 pendatang tanpa izin di Sabah dan mereka mengaburi mata dengan status Bumiputera.
“Dari sini saya yakin kerajaan tidak lakukan apa-apa. Inilah sebab kenapa saya meninggalkan parti ini - kerana saya tidak yakin bahawa BN akan menyelesaikan masalah ini, dan satu-satunya cara ialah mengubah kerajaan, katanye lagi.
No comments:
Post a Comment