Monday, February 7, 2011

Bidang kuasa negeri .. takde pulak ceghite hei2 ghege baghang ..

Senarai II-Senarai Negeri


1. Kecuali mengenai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang menganut agama Islam, termasuk hukum Syarak yang berhubungan denga pewarisan, berwasiat dan tidak berwasiat, pertunangan, perkhawinan, perceraian, mas kahwin, nafkah, pengangkatan, penjagaan, alang, pecah milik dan amanah bukan khairat; Wakaf dan takrif serta pengawalseliaan amanah khairat dan agama, pelantikan pemegang amanah dan pemerbadanan orang berkenaan dengan derma kekal agama dan khairat, institusi, amanah, khairat dan institusi khairat Islam yang beroperasi keseluruhannya di dalam Negeri; adat Melayu; Zakat, Fitrah dan Baitulmal atau hasil agama Islam yang seumpamanya; masjid atau mana-mana tempat sembahyang awam untuk orang Islam, pewujudan dan penghukuman kesalahan yang dilakukan oleh orang yang menganut agama Islam terhadap perintah agama itu, kecuali berkenaan dengan perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan; kenanggotaan, susunan dan tatacara mahkamah Syariah, yang hendaklah mempunyai bidang kuasa hanya ke atas orang yang menganut agama Islam dan hany berkenaan dengan mana-mana perkara yang termasuk dalam perenggan ini, tetapi tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan kesalahan kecuali setakat yang diberikan oleh undang-undang persekutuan, mengawal pengembangan doktrin dan kepercayaan di kalangan orang yang menganut agama Islam; penentuan perkara mengenai hukum dan doktrin Syarak dan adat Melayu.

2. Kecuali mengenai Wilaayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, tanah termasuk-

(a) Pemegangan tanah, hubungan antara tuan tanah dengan penyewa; pendaftaran hakmilik dan surat ikatan yang berhubungan dengan tanah; penerokaan, pemajuan tanah dan pemuliharaan tanah; sekatan sewa;

(b) Tanah Simpanan Melayu atau, di Negeri Sabah dan Sarawak, tanah simpanan anak negeri;

(c) Permit dan lesen untuk mencari gali bagi lombong; pajakan melombong dan perakuan melombong;

(d) Pengambilan tanah secara paksa;

(e) Pindah hakmilik tanah, gadai janji, pajakan dan gadaian berkenaan dengan tanah; isemen ; dan

(f) Rad; harta karun tidak termasuk benda purba.

3. Kecuali mengenai Wilaayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, pertanian dan perhutanan, termasuk-

(a) Pertanian dan pinjaman pertanian; dan

(b) Hutan.

4. Kerajaan tempatan di luar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, termasuk-

(a) Pentadbiran tempatan; perbadanan perbandaran; lembaga tempatan, lembaga bandaran dan lembaga luar bandar dan pihak berkuasa tempatan yang lain; perkhidmatan kerajaan tempatan, kadar tempatan, pilihan ray kerajaan tempatan;

(b) Pertukangan yang memudaratkan dan kacau ganggu awam di dalam kawasan pihak berkuasa tempatan; dan

(c) (Dimansuhkan).

5. Kecuali mengenai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, perkhidmatan lain yang berciri tempatan, iaitu:

(a) (Dimansuhkan).

(b) Rumah tumpangan dan rumah pemalaman;

(c) Tanah Perkuburan dan tempat pembakaran mayat;

(d) Tempat kurungan binatang dan pencerobohan kerbau lembu;

(e) Pasasr dan pasar ria; dan

(f) Pelesenan panggung; panggung wayang dan tempat hiburan awam.

6. Kerja-kerja Negeri dan air, iaitu:

(a) Kerja raya bagi maksud Negeri;

(b) Jalan, jambatan dan feri, selain yang ada dalam Senarai Persekutuan, pengawalseliaan berat dan kelajuan kenderaan di atas jalan itu; dan

(c) Tertakluk kepada Senarai Persekutuan, air (termasuk bekalan air, sungai dan terusan); pengawalan kelodak; hak riparia.

7. Jentera Kerajaan Negeri, tertakluk kepada Senarai Persekutuan, tetapi termasuk-

(a) Peruntukan Diraja dan pencen Negeri;

(b) Perkhimatan Negeri yang khusus;

(c) Peminjaman atas jaminan Kumpulan Wang Disatukan Negeri;

(d) Pinjaman bagi maksud Negeri;

(e) Hutang awan Negeri; dan

(f) Fi berkenaan dengan mana-mana perkara yang termasuk dalam Senarai Negeri atau yang diperkatakan oleh undang-undang Negeri.

8. Hari Kelepasan Negeri.

9. Pewujudan kesalahan berkenaan dengan mana-mana perkara yang termasuk dalam Senarai Negeri atau yang diperkatakan oleh undang-undang Negeri, bukti mengenai undang-undang Negeri dan benda yang dilakukan di bawahnya, dan bukti mengenai apa-apa perkara bagi maksud undang-undang Negeri.

10. Siasatan bagi maksud Negeri, termasuk suruhanjaya siasatan dan pengumpulan perangkaan mengenai mana-mana perkara yang termasuk dalam Senarai Negeri atau yang diperkatakan oleh undang-undang Negeri.

11. Tanggung rugi berkenaan dengan mana-mana perkara dalam Senarai Negeri.

12. Penyu dan penangkapan ikan di sungai.

12A. Perpustakaan, muzium, monumen dan rekod purbakala dan sejarah dan tapak dan peninggalan zaman purba, selain apa yang diisytiharkan sebagai persekutuan oleh atau di bawah undang-undang persekutuan.

Senarai IIA-Tambahan kepada Senarai Negeri bagi
Negeri Sabah dan SArawak

[Perkara 95B(1)(a)]


13. Undang-undang dan adat anak negeri, termasuk undang-undang diri yang berhubungan dengan perkahwinan, perceraian, penjagaan , nafkah, pengangkatan, kesahtarafan, undang-undang keluarga, alang atau pewarisan, berwasiat atau tidak berwasiat; pendaftaran pengangkatan di bawah undang-undang atau adat anak negeri; penentuan perkara perkara mengenai undang-undang atau adat anak negeri; keanggotaan, susunan, dan tatacara mahkamah anak negeri (termasuk hak untuk didengar di dalam mahkamah itu), dan bidang kuasa dan kuasa mahkamah itu, yang hendaklah meliputi hanya perkara yang termasuk dalam perenggan ini sahaja dan tidaklah termasuk bidang kuasa berkenaan dengan kesalahan kecuali setakat yang diberilan oleh undang-undang persekutuan.

14. Pemerbadanan pihak berkuasa dan badan lain yang ditubuhkan melalui undang-undang Negeri, jika diperbadankan secara langsung melalui undang-undang Negeri, dan pengawalseliaan dan penggulungan perbadanan yang diwujudkan sedemikian.

15. Pelabuhan dan pangkalan, selain yang diisytiharkan sebagai pelabuhan dan pangkalan persekutuan melalui atau di bawah undang-undang persekutuan; pengawalseliaan lalu lintas mengikut jalan air di pelabuhan dan pengkalan atau di sungai-sungai yang keseluruhannya terletak di dalam Negeri itu, kecuali lalu lintas di pelabuhan atau pengkalan persekutuan; pesisir depan.

16. Ukuran tanah kadaster.

17. (Dimansuhkan).

18. Di Sabah, Kereta Api Sabah.

19. (Dimansuhkan).

No comments:

Post a Comment