Sunday, October 11, 2009

8,013 menyokong rasuah ...

Tahniah UMNO. Tahniah Isa Samad. Tahniah kerana memenangi PRK Bagan Pinang. Tahniah juga kepada 8,013 pengundi kerana menghalalkan rasuah demi maruah UMNO. PR pula seharusnya menerima hakikat bahawa pengundi awam dan tentera di Bagan Pinang mahu terus bersubahat dengan mengundi pakar rasuah satu Malaysia. Tahniah kepada anda yang mengundi Isa Samad.

Nah, sekarang UMNO telah pulih. Pengundi Melayu dan India telah kembali menyokong UMNO. Cuma pengundi Cina yang terus berdegil tidak mahu mengundi BN. Pedulikan pengundi Cina. Pedulikan nasib yang menimpa MCA dan Gerakan. UMNO tidak lagi memerlukan undi Cina dalam PRU 13. UMNO harus yakin bahawa, lambat laun pengundi Cina akan merayu melutut kepada UMNO menyatakan akan kekesalan mereka menyokong PR.

Kepada UMNO, inilah masa yang terbaik untuk membubarkan parlimen atau sekurang-kurangnya membubarkan DUN Perak. Jangan biarkan semangat kemenangan Bagan Pinang berlalu begitu sahaja. Menangguhkan PRU Perak sehingga melewati tahun 2009, hanya akan menambahkan lagi kekuatan PR Perak. Demi masa depan UMNO di Perak dan juga UMNO Satu Malaysia, bubarkan DUN Perak seberapa segera.

Berdasarkan majoriti yang besar di Bagan Pinang, jelas membuktikan bahawa pengundi Melayu dan India telah dan akan kembali mengundi UMNO. UMNO akan dapat mengekalkan 27 DUN milik UMNO di Perak. UMNO juga akan dapat menawan empat lagi DUN Melayu milik PR yang ditandingi oleh PAS dan PKR seperti DUN Lubuk Merbau, DUN Changkat Jong, DUN Kuala Kurau dan DUN Alor Pongsu. Bahkan DUN Behrang dan DUN Pasir Panjang yang mempunyai ramai pengundi India akan kembali semula ke pangkuan BN. MB Nizar akan bermasalah untuk mengekalkan kemenangannya di DUN Pasir Panjang. Tidak keterlaluan jikalau dikatakan bahawa UMNO akan memenangi 33 DUN di Perak sekiranya DUN Perak dibubarkan pada bulan ini. UMNO tak percaya?

Kepada MB DPulau, sekiranya anda tidak menggunakan kesempatan lonjakan kemenangan Bagan Pinang untuk membubarkan DUN Perak, anda sebenarnya silap. Anda boleh mencalonkan semula pimpinan UMNO yang bermasalah di DUN yang UMNO kalah. UMNO akan menang kerana pengundi Melayu dan India amat mesra dengan mereka. Jenayah dan rasuah sememangnya telah sebati dengan UMNO dan pengundinya. PR kalah besar di Bagan Pinang kerana pimpinan PR tidak pandai memberi dan menerima rasuah. Kesilapan PR di Bagan Pinang ialah kerana pemimpinnya takut mengumpul dosa!

3 comments:

  1. Semoga Allah terus memberi kekuatan kepada Umno dan BN unuk terus menarajui kerajaan dan menutup pintu kepada Pakatan Haram terutama PAS kerana melacurkan Islam kepada DAP. Allah Hu Akhbar

    ReplyDelete
  2. PAS KALAH!!!
    Akhirnya terima lah kekalahan, terimalah kegagalan, jangan jadikan diri kamu binasa dengan runsing dan tak tentu arah yang akhirnya menyebabkan kamu disumbat ke hospital gila! Terimalah bahawa kegagalan ini merupakan asas kepada kegagalan yang semakin mendatang! terimalah bahawa kekalahan ini merupakan langkah pertama untuk kamu dan parti kamu PAS berkubur!!!
    Terima lah...jangan bunuh diri tapi kalau nak pun jangan nyusahkan orang lain...faham!!!

    PAS KALAH!!!

    Lu Fikir La Sendiri!!!

    PAS KALAH!!!

    ReplyDelete