Sunday, January 27, 2013

Janji calon PR DUN Blanja/Parlimen Parit

Janji nombo satu hingge nombo tige tu janji biase. Same dalam buku jingge. Janji boleh menang dan dapat meghentah pusat. Cume yang nombo empat itu je janji tempatan. Janji Ustaz Ismi, calon PR untuk DUN Belanje ato Palimen Paghit. 

Mudah bebeno deme bejanji. Janji nak mene hosepita. Leghah mane nak dibene tak dikhabo. Kalo di Seghi Iskando, tak patutle sebab Seghi Iskando dalam DUN Bote. Lagipun di DUN Bote udah ade Hosepita Changkat Melintang. Mane mungkin satu DUN dua hosepita. Lainle kalo bejanji nak dinaikkan taghap hosepita yang sedia ade jadi hosepita paka ato hosepita yang sama taghapnye dengan Ipoh. 

Nak dibuat di Kg. Gajah lagile tak mungkin sebab Kg. Gajah dalam Palimen dan DUN lain walopun Kg. Gajah tu masih dalam Daeghah Peghak Tengah. . 

Oleh keghane janji ini dijanjikan oleh calon PR DUN Belanje ato Palimen Paghit, make tempat yang sesuwa dibene hosepita itu ialah di Paghit mawak ke Layang-Layang. Tak kighele belah kighi ato belah kanan. Oghang DUN Belanje, kalo nak pegi hosepita lebih kughang 10km ato sepuluh menet je. Tak payah lagi nak pegi Hosepita Changkat Melintang ato Hosepita Batu Gajah.

Satu DUN satu hosepita ....

3 comments:

  1. Dalam banner tu tulih 'bukak hospita di perak tenghah'. Perak tengah tu luawah weh. Bukan setakat pekan parit aje.

    ReplyDelete
  2. mungkin maksud nya hospital daerah yang moden di seri iskandar..hospital changkat melintang akan dijadikan hospital untuk kes kes tertentu.dulu ada cadangan nak buat hospital daerah di seri iskandar..tak jadi..sebab apa tak tau la..

    ReplyDelete
  3. ate....memang udoh lama dah janjinye nak dibuat spital ni tapi apekan daye MB tajol rosli ponah kata akan buat di parit dan parit buntar tapi bile PR menang segalanya tinggal kenangan dan tak jadi nak buat.tu sbb kena tawan putrajaye baru ler boleh sempurna semuanya....

    ReplyDelete