Thursday, January 31, 2013

2 SMS sebelum tido daghi nombo yang same ... Selamat Malam Sayang

SMS 1

Assalamualaikum wbt.
Info dr PWTC. Cadangan tarikh pilihanraya telah dihantar ke Pejabat Peguam Negara. Parlimen bubar pada Jumaat, 22/2/2013. Penamaan calon Sabtu, 16/3/2013. Hari mengundi Sabtu, 30/3/2013.
Sebarkan dan bersiap siaga. Mohon semua jentera negeri dan cawangan bersiap sedia untuk gerak gempur.
Sebarkan!

SMS 2

Memerlukan serama 1500 orang untuk shoot hujung bulan Februari ni. Shoot film ... segala details akan diberitahu nanti setelah cukup 1500 orang... 
Segala pertanyaan boleh whatsapp saya di number 0189686XXX ... Terima kasih.
Saya hanya perlu detail2 anda, so tolong send details kepada sesiapa yang nak job ni .. Terima kasih.
Apa2 just whatsapp dan kepada yang pandai dance boleh datang casting. Apa2 just text or whatsapp, thanks again

 

Monday, January 28, 2013

Analisa mudah menjelang PRU 13 bagi DUN Blanja

PRU 9 (1995)
Jumlah undi : 10,716 
UMNO         : 7,765 .. menang
PAS            : 2,951
Majoriti        : 4,814

PRU 10 (1999)
Jumlah undi  : 11,823
UMNO          : 5,852
PAS             : 5,971 .. menang
Majoriti         : 119

PRU 11 (2004)
Jumlah undi   : 10,789
UMNO           : 6,916 .. menang
PAS              :  3,773
Majoriti          :  3,143

PRU 12 (2008)
Jumlah undi   : 10,882
UMNO           : 6,596 .. menang
PAS              : 4,286
Majoriti          : 2,310

Jangkaan PRU 13 (2013) *
Jumlah undi   : 11,000
UMNO           : 5,300
PAS              : 5,800 (hampir sama dengan undi PRU 10) .. menang
Majoriti          : 500 

* Keputusan PRU 10 (1999) banyak dipengaruhi oleh isu nasional, iaitu isu pemecatan DSAI. Dalam PRU 13, isu nasional dijangka sekali lagi akan mendominasi undi popular pengundi DUN Blanja. Hampir 2,000 pengundi pernah mengundi UMNO atau PAS dalam PRU sebelum ini. Tidak mustahil bilangan yang sama tidak kekok untuk kembali mengundi PAS/PR.

.... Deme kate 22/2/13 haghi bubo palimen, 16/3/13 haghi penamaan calon dan 30/3/13 haghi mengundi. Malam 31/3/13 diumumkan kemenangan PR menduduki Putrajaya. Esoknya 1/4/13, april fool untuk ameno ...

Sunday, January 27, 2013

Janji calon PR DUN Blanja/Parlimen Parit

Janji nombo satu hingge nombo tige tu janji biase. Same dalam buku jingge. Janji boleh menang dan dapat meghentah pusat. Cume yang nombo empat itu je janji tempatan. Janji Ustaz Ismi, calon PR untuk DUN Belanje ato Palimen Paghit. 

Mudah bebeno deme bejanji. Janji nak mene hosepita. Leghah mane nak dibene tak dikhabo. Kalo di Seghi Iskando, tak patutle sebab Seghi Iskando dalam DUN Bote. Lagipun di DUN Bote udah ade Hosepita Changkat Melintang. Mane mungkin satu DUN dua hosepita. Lainle kalo bejanji nak dinaikkan taghap hosepita yang sedia ade jadi hosepita paka ato hosepita yang sama taghapnye dengan Ipoh. 

Nak dibuat di Kg. Gajah lagile tak mungkin sebab Kg. Gajah dalam Palimen dan DUN lain walopun Kg. Gajah tu masih dalam Daeghah Peghak Tengah. . 

Oleh keghane janji ini dijanjikan oleh calon PR DUN Belanje ato Palimen Paghit, make tempat yang sesuwa dibene hosepita itu ialah di Paghit mawak ke Layang-Layang. Tak kighele belah kighi ato belah kanan. Oghang DUN Belanje, kalo nak pegi hosepita lebih kughang 10km ato sepuluh menet je. Tak payah lagi nak pegi Hosepita Changkat Melintang ato Hosepita Batu Gajah.

Satu DUN satu hosepita ....

Saturday, January 26, 2013

Teman jumpe ini di Paghit ...

Sekretariat Pakatan Rakyat DUN Blanja

Mungkin pejabat atau bilik gerakan  PR Blanja

Monday, January 21, 2013

Thursday, January 17, 2013

Listen, listen ... saya memang buat salah tapi ikut undang-undang ...

... "Kita patut tengok balik dan ingat. Tunku Abdul Rahman lebih teruk daripada saya. Dia beri sejuta kewarganegaraan kepada mereka yang tidak layak. Jadi kenapa apa yang dia (Tunku Abdul Rahman) buat tak salah dan apa yang saya buat ini salah?"Ya saya memang buat (beri kad pengenalan), tetapi mengikut undang-undang," kata Tun Dr. Mahathir dalam sidang media selepas program Bicara Minda Tun Mahathir di Shah Alam hari ini...



Sunday, January 13, 2013

Friday, January 11, 2013

JPJ punca kemalangan dan kematian?

Kemalangan yang melibatkan 10 kenderaan di Pekan Ayer Tawar pada tengah hari 11/1/13 dikatakan berpunca daripada operasi JPJ ...

Menurut cerita kengkawan, JPJ itu cuba menahan lori yang dikatakan membawa lebih muatan selepas melalui lampu isyarat berwarna hijau .... akibatnya lori itu terpaksa membrek secara mengejut. Dalam kemalangan ini diberitakan 15 orang cedera dan ada juga khabar angin yang menyebut tentang kematian ...

Dengan rasa marah, saksi-saksi kejadian telah menterbalikkan kenderaan JPJ. Tidak dapat dipastikan sama ada kebakaran kenderaan JPJ itu akibat dibakar atau terbakar selepas diterbalikkan. 
 



Sunday, January 6, 2013