Walaupun tahu ia berkaitan masalah air, penduduk yang ditemui rata-rata tidak jelas rancangan sebenar penggambaran itu.
Beberapa pelakon tambahan - sebahagiannya penduduk setempat - juga memberitahu Malaysiakini, mereka hanya diberitahu akan dibayar RM50 dan tidak tahu mesej iklan yang dilakonkan mereka.
Selain itu, pihak produksi pula ketika ditemui enggan menjelaskan butiran terperinci rancangan televisyen komersial itu kerana ia didakwa melibatkan kerahsiaan dengan pelanggannya.
"(Iklan) kempen air. Selebihnya saya tak boleh cakap. Saya harap awak semua hormati tugas saya," kata penerbit filem itu ketika ditemui di tapak penggambaran.
Pemberita juga dilarang merakam keadaan di tempat itu, melaporkan keadaannya dan diminta meninggalkan kawasan penggambaran.
"Tak boleh dedahkan (butiran penggambaran). Kalau tak, kita yang akan disaman oleh pelanggan. Kami hanya bekerja dan kita mempunyai pelbagai pelanggan.
"Ini bukan kali pertama kami membuat penggambaran untuk iklan," kata penerbit itu lagi.
Tinjauan Malaysiakini sejak jam 7 pagi sehingga berita ini ditulis mendapati, kira-kira 200 orang terlibat dalam penggambaran itu.
Kelihatan babak orang ramai beratur mendapatkan air daripada lori bekalan air dilakonkan. Mereka juga diminta untuk 'menjerit' dan mengangkat tong air.
Produksi iklan itu juga kelihatan membawa empat lori kontena barangan dan persediaan set
adoi...nilai mereka 50 ringgit je? dgn bayaran ciput camni sanggup gadai maruah...apa pun rezeki depan mata belasah saja..pangkah tetap PR ye..
ReplyDeletePengalaman teman bekawan dan duduk dalam kelompok indu dan cina ni...tak kighe le yang idup sederhana ke apa tah lagi bangsat2 tu. dema kalu pase duit peri sughuh apa pun dema sanggup. Tapi ngundi belum tentu. Macam makan peri...jamin cina sanggup beghato panjang. Macam lakonan keh ayo tu memang gemo le deme.
ReplyDelete