Saturday, July 9, 2011

Keadilan Daily : Berita langsung Bersih 2.0 antara jam 12.30 hingga 2.30 petang

2.25 petang
Trak-trak FRU di Stadium Merdeka telah mula bergerak ke pusat bandar. Dipercayai untuk menyuraikan peserta himpunan di Pudu Raya

2.20 petang
Dilaporkan pemimpin-pemimpin Bersih dan PR telah mula bergerak dari Hotel Hilton ke Stadium Merdeka

2.15 petang
Dianggarkan lebih 15,000 orang berarak di hadapan Menara Maybank dan Jalan Tun Razak meskipun polis melepaskan gas pemedih mata

2.10 petang
Hujan mula turun di Kuala Lumpur. Dilaporkan polis mencari tempat perlindungan di Stadium Merdeka

2.05 petang
Peserta melepasi kawalan polis di Masjid India dan menuju ke Stadium Merdeka melalui IPD Dang Wangi

2.00 petang
Menurut Tian Chua, pemimpin-pemimpin Bersih mula keluar dari Hotel Hilton untuk bersama bergerak ke Stadium Merdeka

1.55 tengahari
Polis mula menyembur gas pemedih mata di Pudu Raya

Peserta tidak berganjak. Peserta datang dari pelbagai arah dan penjuru.

1.50 tengahari
Tinjauan mendapati polis melarang orang ramai mengerjakan solat zohor di Masjid Negara dan Masjid Bukhari, Jalan hang Tuah.

Kumpulan dari Plaza Pudu telah bergabung dengan kumpulan di Menara Maybank. Dianggarkan lebih 10,000 peserta

1.40 tengahari
Dr. Hatta Ramli mengetuai peserta himpunan di Menara Maybank

Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga dilapor akan mengetuai peserta himpunan dari Hotel Hilton

1.30 tengahari
Peserta himpunan dari Petaling Street berpatah semula ke Jalan Tan Cheng Lock selepas bertembung dengan sekatan jalan raya

Lima perarakan berasingan bermula. Menara Maybank, Sogo, Petaling Street, Masjid Jamek dan Kompleks Daya Bumi

Peserta himpunan di hadapan Pudu Raya

1.20 tengahari
Lebih 5000 berkumpul di hadapan Menara Maybank

1.15 tengahari
Pemimpin dan rakyat dijangka akan menunaikan solat Zohor berjemaah sebelum bergerak secara aman dan beramai-ramai ke Stadium Merdeka

Sumber polis : 514 ditangkap (478 lelaki dan 36 wanita)

1.11 tengahari
Khalid Jaafar kata dia sudah kena tangkap dan ada dalam Black Maria

1.10 tengahari
Azmin Ali ditahan dan sedang dibawa ke PULAPOL Jalan Semarak

Ditahan ..

Hadapan Agro Bank

1.00 tengahari
Kira-kira 100 anggota polis sedang bergerak ke Pasar Seni

Fuziah Salleh telah ditahan dan sedang berada dalam trak polis

Lebih 1500 orang sedang bergerak dari Stesen KTM lama ke Dataran Merdeka

12.50 tengahari
Polis menahan pergerakan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah di KL Central. Turut bersama ditahan ialah Latheefah Koya

Menurut polis, seramai 441 (20 wanita) orang telah ditahan sehingga jam 12.00 tengahari

12.45 tengahari
FRU dan polis melepaskan tembakan di hadapan Agro Bank

Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar dan Salehhudin Ayob dilaporkan ditahan di KL Central. Mereka dibawa ke Balai Polis Jinjang




12.40 tengahari
Polis beri arahan, "Bersurai atau kami tembak"

Polis dilaporkan menghalau orang ramai yang berkumpul berhampiran Masjid Jamek. Trak FRU yang diparkir mula bergerak menghalau orang ramai

12.35 tengahari
Dilaporkan DS Anwar Ibrahim sedang bersedia untuk berarak dari Hotel Hilton. Jika tiada tangkapan, beliau dijangka mula bergerak pada jam 1.15 tengahari

DS Anwar berbaju kuning bersama isteri dan beberapa pengiring. Turut kelihatan Lim Kit Siang, Anthony Loke dan Saifuddin Nasution

12.30 tengahari
Perarakan sedang berjalan ke arah Masjid Jamek dengan laungan TAKBIR dan REFORMASI

Lokasi baru perhimpunan di Menara Maybank dikawal ketat oleh 200 polis

Menurut laporan sekitar 1000 orang mula berarak berhampiran Pasar Seni dengan melaungkan REFORMASI dan BERSIH BERSIH BERSIH SPR

Kedengaran laungan REFORMASI sedang berarak di LRT Pasar Seni

No comments:

Post a Comment