Sunday, July 17, 2011

YB. Dr. Lo' Lo' bt. Mohd Ghazali ... sekadar catatan

Al fatihah .. Kak Wok telah kembali ke rahmatullah pada jam 10.15 malam iaitu 45 selepas teman mencoretkan catatan di bawah. Semoga rohnye dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solehah. Amin ..

Teman sebenonye udah malaih menulih walopun ade juge mende-mende yang teman nak ulaih. Lagipun teman udah jaghang beghubung dengan pimpinan PR dan oghang ghamei. Teman udah jadi sombong .... dedulu kalo ade peghogegham PR, teman antaghe yang kadap. Sekaghang tak sio teman kadap.

Tengah haghi tadi, 17 Julai 2011 (Ahad) teman menziarahi Kak Wok di Sepita Selayang. Teman mawak waghih-waghihnye. Pukui 11.50 udah sampa. Waktu melawat pukui 12.00. Teseghempak dengan soghang pompuan yang selalu jadi pengighing Kak Wok. Dia kate dia tak boleh masuk. Hanye waghih tedekat aje. Dia pesan pade keme, kalo dapat masuk, kighim salam dia.

Tepat pukui 12.00, keme teghuih naik lif. Tingkat 10. Wad 10A. Sampa depan pintu wad, udah tepampang keghotaih A4 yang tetulih, hanye waghih tedekat saje yang dibenokan melawat. Kalo nak masuk, tekan loceng. Kemepun tekan loceng. Nes bukak pintu. Nes tanye nak jumpa sape. Teman kate nak jumpe Dr. Lo’ Lo’. Nes tanye keme ni waghih tedekat YB ke. Teman kate haah.

Nes pegi ketuk pintu bilik Kak Wok. Keluo kakaknye, Yong Suraya. Lalu bepeluk beciumle dengan waghih-waghih yang teman bawak. Kome kene paham yang teman bukan waghih, teman hanye mawak waghihnye je. Kemudian waghih-waghih yang teman bawak itu dibenokan masuk.

Di luo teman besembangle dengan Nes. Memang kesihatan Kak Wok kritikal. Tak peghelunye teman ceghite lebih lanjut pasa penyakit kensenye. Cukuple teman kate yang Kak Wok yang beghumo 54 tahun ini telah dimasukkan ke sepita sejak 26 Jun yang lalu. Udah dekat sebulan. Teman tak tekejut dengan penyakit yang sedang dihidapinye keghane setahun yang lalu Kak Wok ade ceghite yang dia ade mengidap kense.

Dekat setengah jam waghih-waghih yang teman bawak itupun keluo. Deme kate Kak Wok tak sedo. Teman angguk-angguk walopun teman udah tahu daghi Nes. Kene keluo sebab nak cuci kahak ...

Dalam keme belabun dan mengulaih pasa Kak Wok, datang lagi waghih-waghih yang lain. Teman tak kenei, sebab waghih ini daghi sebelah bapanye. Waghih yang teman bawak adale waghih daghi sebelah emaknye. Yong Suraya mintak maaf sebab tak dapat nak bagi deme masuk sebab kahak Kak Wok sedang dicuci. Tendego waghih yang tua kate, udah takde ghezeki nak ziarah dia.

Keme belabun dan teghuih belabun. Kelihatan anak sulung Kak Wok, Mawaddah belaghi masuk ke bilik emaknye. Tak becakappun. Yong Suraya kate, ce usah belaghi, kamu tu ngandung. Kaghang tejeghombab.

Pukui 1.15 kemepun beghansole balik. Yang lelainpun macam itule. Keme tughun lif.

Sepuluh minit kemudian, ade waghih teghime talipaun daghi waghih yang tahu keme datang melawat Kak Wok. Betuike Kak Wok udah takde?

Teman ghase nak patah balik ke sepita. Waghih talipon Yong Suraya tapi tak bejawab. Talipon adik beghadik Kak Wok di Ipoh. Deme kate BPnye tughun. Teman tak paham ape mende BP tu. Tapi teman buat-buat paham jugele.

Soalnye, sape yang buat ceghite ini. Mungkin daghi waghih-waghih yang datang tadi. Mungkin. Tapi teman idak. Teman tewitepun tak mandang.Pesbukpun tak beghape gheti nak gune.

Kepada semua, maghile kite mendoakan kesihatan dan kesejahteraan YB. Dr. Lo’ Lo’. Kepade suami dan anak-anaknye, besabole dengan ujian Allah ini..

Saturday, July 9, 2011

Keadilan Daily : Berita langsung Bersih 2.0 antara jam 2.30 hingga 5.00 petang

5.00 petang
Mesej dari Azmin Ali, "Tahniah kepada rakyat Malaysia yang berani berhimpun di KL untuk menuntut pihanraya bersih dan adil. Saya bertemu ribuan anak muda ..."

4.50 petang
Dilaporkan masih ada kumpulan peserta yang menghala ke Kampung Baru dengan melintasi Ampang Park

4.45 petang
Jawatankuasa BERSIH dilapor sedang mengadakan sidang akhbar di Hotel Midah

4.40 petang
Peserta ditembak dengan air kimia di sekitaran KLCC walaupun dalam keadaan mahu bersurai setelah diarahkan oleh Dr. Hatta Ramli

Terus ditembak air ...

4.35 petang
TG Haji Abdul Hadi dan Tian Chua dalam trak di Balai Polis Jinjang

Jawatankuasa BERSIH akan mengadakan sidang akhbar pada jam 4.45 petang di Hotel Midah

Stesen LRT RapidKL, Pasar Seni, KL Central, Masjid Jamek dan Dang Wangi masih ditutup

Peludah warna

4.25 petang
Trak polis tiba di KLCC

4.20 petang
Dr. Hatta Ramli, Chekgu Bard, Dr. Chua Jui Meng, Syed Shahir dan Nasruddin Tantawi bersama ribuan peserta di KLCC

Di hadapan KLCC

4.10 petang
PAS memberi tempoh 24 jam untuk membebaskan Presiden PAS atau himpunan kedua akan dilakukan. Dr. Syed Azman memberitahu jikalau Presiden PAS tidak dibebaskan, sejuta ahli PAS akan berhimpun di Bukit Aman

4.15 petang
Jawatankuasa Pemandu BERSIH yang diketuai oleh A. Samad Said gagal menyerahkan memorandum kepada YDPA kerana dihalang pada jarak 200 meter sebelum pintu pagar istana oleh polis

4.00 petang
Ribuan peserta telah berkumpul di hadapan KLCC

3.50 petang
Perarakan melepasi Monorel Sultan Ismail menuju ke KLCC

3.40 petang
Perarakan melepasi Menara Sunway Jalan Ampang

Suasana di Jalan Sultan Ismail menuju ke KLCC

3.40 petang
DS Anwar Ibrahim dan pengawal peribadinya dirawat di Hospital Pantai

3.15 petang
Menurut Naib Presiden PKR N. Surendran, DS Anwar Ibrahim cedera dan berdarah di kepala dan lutut

Diketuai oleh Dr. Hatta Ramli

Suasana di Jalan Tun Sambathan menghala ke pusat bandar

3.08 petang
20,000 peserta diketuai Dr. Hatta Ramli dilaporkan sedang berarak di Jalan Hang Jebat

3.05 petang
Peserta himpunan telah mula membanjiri kawasan luar Stadium Merdeka

3.00 petang
Presiden Pas, TG Haji Abdul Hadi Awang telah ditahan polis. Sebelum itu Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS juga telah ditahan

2.55 petang
Menurut facebook polis, seramai 644 peserta (597 lelaki dan 47 wanita) telah ditahan. Antaranya termasuklah Nurul Izzah dan adiknya Nurul Hana

2.45 petang
Polis menyekat laluan di Pasar Seni untuk menghalang 1000 peserta bergerak ke Pudu

Polis dan FRU masih bertahan dalam hujan renyai

2.40 petang
DS Anwar Ibrahim mengalami kecederaan terkena gas pemedih mata di KL Central dan bergerak kembali ke Hotel Hilton. Turut sama terkena gas pemedih mata ialah TG Hadi Awang dan Lim Kit Siang. Sementara pengawal peribadi DS Anwar cedera dipukul

Polis melepaskan gas pemedih mata di Jalan Pudu

2.35 petang
Ambiga, Maria Chin Abdulah dan Tian Chua telah ditahan polis

2.30 petang
Trak FRU menghalang orang ramai yang datang dari arah KL Central. Gas-gas pemedih mata telah dilepaskan

Keadilan Daily : Berita langsung Bersih 2.0 antara jam 12.30 hingga 2.30 petang

2.25 petang
Trak-trak FRU di Stadium Merdeka telah mula bergerak ke pusat bandar. Dipercayai untuk menyuraikan peserta himpunan di Pudu Raya

2.20 petang
Dilaporkan pemimpin-pemimpin Bersih dan PR telah mula bergerak dari Hotel Hilton ke Stadium Merdeka

2.15 petang
Dianggarkan lebih 15,000 orang berarak di hadapan Menara Maybank dan Jalan Tun Razak meskipun polis melepaskan gas pemedih mata

2.10 petang
Hujan mula turun di Kuala Lumpur. Dilaporkan polis mencari tempat perlindungan di Stadium Merdeka

2.05 petang
Peserta melepasi kawalan polis di Masjid India dan menuju ke Stadium Merdeka melalui IPD Dang Wangi

2.00 petang
Menurut Tian Chua, pemimpin-pemimpin Bersih mula keluar dari Hotel Hilton untuk bersama bergerak ke Stadium Merdeka

1.55 tengahari
Polis mula menyembur gas pemedih mata di Pudu Raya

Peserta tidak berganjak. Peserta datang dari pelbagai arah dan penjuru.

1.50 tengahari
Tinjauan mendapati polis melarang orang ramai mengerjakan solat zohor di Masjid Negara dan Masjid Bukhari, Jalan hang Tuah.

Kumpulan dari Plaza Pudu telah bergabung dengan kumpulan di Menara Maybank. Dianggarkan lebih 10,000 peserta

1.40 tengahari
Dr. Hatta Ramli mengetuai peserta himpunan di Menara Maybank

Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga dilapor akan mengetuai peserta himpunan dari Hotel Hilton

1.30 tengahari
Peserta himpunan dari Petaling Street berpatah semula ke Jalan Tan Cheng Lock selepas bertembung dengan sekatan jalan raya

Lima perarakan berasingan bermula. Menara Maybank, Sogo, Petaling Street, Masjid Jamek dan Kompleks Daya Bumi

Peserta himpunan di hadapan Pudu Raya

1.20 tengahari
Lebih 5000 berkumpul di hadapan Menara Maybank

1.15 tengahari
Pemimpin dan rakyat dijangka akan menunaikan solat Zohor berjemaah sebelum bergerak secara aman dan beramai-ramai ke Stadium Merdeka

Sumber polis : 514 ditangkap (478 lelaki dan 36 wanita)

1.11 tengahari
Khalid Jaafar kata dia sudah kena tangkap dan ada dalam Black Maria

1.10 tengahari
Azmin Ali ditahan dan sedang dibawa ke PULAPOL Jalan Semarak

Ditahan ..

Hadapan Agro Bank

1.00 tengahari
Kira-kira 100 anggota polis sedang bergerak ke Pasar Seni

Fuziah Salleh telah ditahan dan sedang berada dalam trak polis

Lebih 1500 orang sedang bergerak dari Stesen KTM lama ke Dataran Merdeka

12.50 tengahari
Polis menahan pergerakan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah di KL Central. Turut bersama ditahan ialah Latheefah Koya

Menurut polis, seramai 441 (20 wanita) orang telah ditahan sehingga jam 12.00 tengahari

12.45 tengahari
FRU dan polis melepaskan tembakan di hadapan Agro Bank

Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar dan Salehhudin Ayob dilaporkan ditahan di KL Central. Mereka dibawa ke Balai Polis Jinjang




12.40 tengahari
Polis beri arahan, "Bersurai atau kami tembak"

Polis dilaporkan menghalau orang ramai yang berkumpul berhampiran Masjid Jamek. Trak FRU yang diparkir mula bergerak menghalau orang ramai

12.35 tengahari
Dilaporkan DS Anwar Ibrahim sedang bersedia untuk berarak dari Hotel Hilton. Jika tiada tangkapan, beliau dijangka mula bergerak pada jam 1.15 tengahari

DS Anwar berbaju kuning bersama isteri dan beberapa pengiring. Turut kelihatan Lim Kit Siang, Anthony Loke dan Saifuddin Nasution

12.30 tengahari
Perarakan sedang berjalan ke arah Masjid Jamek dengan laungan TAKBIR dan REFORMASI

Lokasi baru perhimpunan di Menara Maybank dikawal ketat oleh 200 polis

Menurut laporan sekitar 1000 orang mula berarak berhampiran Pasar Seni dengan melaungkan REFORMASI dan BERSIH BERSIH BERSIH SPR

Kedengaran laungan REFORMASI sedang berarak di LRT Pasar Seni

Keadilan Daily : Berita langsung BERSIH 2.0 sehingga 12.10 tengahari

12.10 tengahari
Enam lagi ditangkap di KTM lama

Dipercayai pimpinan tertinggi PR telah mula masuk ke Kuala Lumpur untuk turut sama memimpin perarakan ke Stadium Merdeka

12.05 tengahari
FRU bersiap sedia di KTM lama

12.00 tengahari
14 orang telah ditahan polis di KTM lama

Rakyat dilaporlan paling ramai berkumpul di sekitaran Masjid Negara dan Masjid Jamek

11.55 pagi
Polis menghalau keluar orang ramai di KTM lama

11.50 pagi
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dilaporkan telah berjaya memasuki Kuala Lumpur

Pintu masuk utama ke Stadium Merdeka telah ditutup dengan kawat besi. Beberapa trak polis ditempatkan di hadapan stadium

Sekitar 18 orang telah ditahan di sekitar Sogo

Kedai jualan di sekitar Masjid Jamek kian meriah dengan satu persatu dibuka dan dikunjungi orang ramai walaupun polis berkawal

11.40 pagi
Menurut polis, seramai 236 (228 lelaki dan 8 wanita) orang ramai yang ade hubungkait dengan Bersih 2.0 telah ditahan polis sehingga jam 11.00 pagi

Monorel Hang Tuah dan Maharajalela ditutup

11.30 pagi
Operasi di KL Central beroperasi seperti biasa

11.15 pagi
Tiga lokasi utama yang dikawal ketat oleh polis iaitu hadapan Sogo, semua laluan ke Masjid Negara dan laluan ke Stadium Merdeka

11.00 pagi
Stesen Monorel Hang Tuah aliran Ampang dan Stesen Monorel Mahajaralela telah ditutup atas arahan polis

10.50 pagi
Gas pemedih mata ditembak di KLCC

Seramai 100 polis mengawal lorong-lorong di Jalan TAR

10.45 pagi
FRU sedang berkampung diJalan TAR berhampiran Sogo

Helikopter dilaporkan mengelilingi kawasan Kampung Baru dan Chow Kit

Anggota RELA mengawal sekitar kawasan Kampung Baru sehingga peniaga takut membuka premis masing-masing

10.40 pagi
Ketua Pemuda PAS Gombak, Ustaz Syarhan Humaizy telah ditangkap polis berhampiran YMCA Brickfields

10.30 pagi
Polis menghalau orang ramai untuk beredar di sekitar Jalan TAR. Orang awam terpaksa akur kerana polis mengacukan cota ke muka mereka

Dianggarkan tidak kurang 1000 orang sedang berkumpul di sekitaran Masjid Negara

10.15 pagi
Hampir 300 anggota RELA dilaporkan berkumpul di Kelab Sultan Sulaiman

10.10 pagi
Orang awam termasuk peserta himpunan mula kelihatan berhimpun di sepanjang siar kaki di Jalan Tuanku Abdul Rahman

9.55 pagi
Hampir 100 angota polis berkawal di hadapan masjid Kampungg Baru. Turut kelihatan enam trak polis di beberapa jalan ke Kampung Baru

9.40 pagi
Laluan ke Stadium Merdeka dari Jalan Maharajalela telah dipasang dengan kawad berduri. Polis mengawal ketat di lalauan ini

9.30 pagi
Jawatankuasa Pemandu BERSIH dilaporkan akan tetap bergerak ke Stadium Merdeka petang ini