Sunday, August 29, 2010

Merintah udah lame, tapi ameno masih tengin dalam ilmu agama ...

Teruk bebeno ameno ni. MInggu lepaih deme heboh pasei sebut nama Lim Guang Eng dalam masejid. Dalam khutbah Jumaat pulak tu. Bahkan deme kata nama Agong tak disebut. Apabila imam berkenaan iaitu Imam Pak Ya Mat ngaku ade nyebut nama LGE tetapi idakle pulak muang nama Agong, tekanjei deme yop. Betambah malu lagi apabila takde makmum bekecuali yang tampil mengesahkan dakwaan ameno kecuali dua tiga oghang yang ada jawatan dalam ameno.

Minggu ini pulak ameno ngojekan Selangor melalui JAIS sehingge libatkan istana. Deme kate mane boleh bukan Islam masuk masejid atau surau terutama tempat imam. Tak boleh deme kate. Walau apepun tujuannye, tetap tak boleh. Huh, semangat betui pepuak ameno ni. Tapi deme yang beria-ia marah tu selalu ke masuk masejid? Selaluke semayang di tempat imam atau berdekatan dengan tempat imam?

Teman takdele pandei hei-hei agama. Sohle teman nengonye. Tak berani teman nak nyampuk kut-kut tak kene gaye. Apabila ade oghang pandei agama kata takpe, janji tutup aurat, dan temanpun pikio betui juge, barule teman berani mengomen di dango teman ini. Tetambah pulak udah ada itam putih daripada Majlis Fatwa Kebangsaan bersabit hei ini.

“Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang”.

Rupe-rupenye ameno tak semak dan tak rujuk pada fatwa ini. Tekene lagi ameno .. kesian.

Sebelum ini PAS telah dicap oleh ameno sebagai parti yang ekstrim sehinggekan bukan Melayupun takut dengan PAS. Tetapi berdasarkan dua isu dalam tempoh masa dua minggu, ternyate segala dakwaan ameno adalah fitnah yang nyata. Bukan Melayu semakin paham dan selese bersama PAS/PR berbanding di bawah UMNO/BN selama lebih 50 tahun.

Tima kasih ameno. Ciptale banyak lagi isu .. lagi banyak isu yang direke, lagi baguih kepada PR. Kalo isu yang dibawak itu betui, keme terime dengan hati terbuke dan sedia untuk memperbaikinye. Tetapi jikalau isu itu rekaan semate-mate, keme hanye mampu ucapkan terima kasih kerana keme tak payah bersusah payah mendedahkan ketengingan ameno kepada pengundi ameno.

Penang udah, Selangor sedang. Minggu depan ke Kelantan atau ke Kedah pulak kita weiii. Takpe, janji kite boleh bejalan dan besame nengokkan tenginnye ameno ...

1 comment: