Sunday, May 16, 2010

Nak buat semayang Jumaatpun tak dibagi ...

Suasana dalam surau MTQ Addin, Parit

Kisah di Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat Addin, Jalan Siputeh, Parit, Perak.

Teman dengor citer. Ntah betui ntah idak teman tak tahu. Tapi yang menciterkan mende ini adalah deme yang rapit dengan MTQ Addin, Parit iaitu deme yang bertungkuih lumuih merealisasikan kewujudan MTQ ini.

Citernye begini. Lokasi MTQ ini terletak lebih 2km dari Masjid Parit. Bebudak MTQ ini terpaksale semayang Jumaat seminggu sekali di Masjid Parit. Jenuhle deme jalan kaki kalo takde sape yang sudi numpang dan mawak deme ke Masjid Parit. Oleh itu sebaik sahaja surau deme disiapkan pada tahun lepaih, jawatankuasa MTQ telah memohon kebenaran JAIP untuk mendirikan semayang Jumaat di situ. Dan permohonan deme telah diluluskan oleh JAIP. Dimaklumkan bahawa deme boleh mengerjakan semayang Jumaat mulai minggu lepaih iaitu 14 Mei 2010.

Tetapi ada yang ngocah. Dengor citer dikocah oleh pepuak ameno Batu 7. Deme kata itu markas PAS. Mana boleh buat semayang Jumaat? Lalu pepuak ameno ini mengadule pada wakil rakyat deme Dato' Zaim. Maka Dato' Zaim pegile ngadap MB DPulau memaklumkan akan kebenaran yang dikeluorkan ini.

MB DPulau dan Dato' Zaim telah mengarahkan mufti Perak agar menarik balik kebenaran ini. Dipahamkan yang mufti dan Pengarah JAIP tak mahu tarik balik kebenaran yang telah dikeluarkan. Maka mufti dan pengarah pegi mengadap di istana untuk memaklumkan yang bebudak MTQ telah cuba dihalang dari mendirikan semayang Jumaat di surau deme. Walaupun JAIP tak berapa berkenan dengan cara ameno ni, satu surat penangguhan penggunaan surau untuk semayang Jumaat telah dikeluarkan oleh JAIP sebelum 14 Mei itu.

Sekarang bebudak MTQ tengah nunggu perkhabaran akan hasil pertemuan antara mufti dan pengarah dengan istana ... Ntah berapa lamale deme kena nunggu lagi ...

Bebudak lelaki di MTQ dekat 100 orang. Bas tua yang ada pendek jer. Boleh muat dalam 30. Berangkutle tiga empat kali. Itupun kalo bas itu tak meragam.

Apale ameno ini. Kalo buat semayang Jumaat di situ, bukanke nyenangkan orang keliling. Takdele nyesakkan Masjid Parit. Kalo tak bagi, buatle cepat masjid di Batu 7 tu...

Wallahualam.

5 comments:

  1. kalau dah cukup korum.. buat jee.. pelik betui.. sampai nak kena mintak kebenaran!!..solat jumaat kena mintak kebenaran.. esok silap-silap solat fardhu pun kena mintak kebenaran.. lesen judi senang pulak dapat..

    ReplyDelete
  2. bagi mereka menaikkan syiar islam cara umnongok je yang boleh diikut.cara lain takboleh salah dalam perlembagaan umnongok.tunggulah balasan yang maha esa kepada semua keturunan mereka.amin

    ReplyDelete
  3. Mangkuk punye UMNOAPCO... Teman Oghang Paghit. Mana boleh macam nih. Mampus ler kome Org UMNOAPCO kat Paghit tuh.

    ReplyDelete
  4. hilang dah malaih...arini masuk baru lain...
    pasal puak2 tu,memang tulah keja depa....percayalah smpai kiamat mmg mcm tu...

    ReplyDelete
  5. Salam..
    Masjid An Nadwah SMKRD baruje mendapat sijil kebenaran..itupun setelah berusia lebih 35thn..

    ReplyDelete