Isk isk ...
Thursday, October 3, 2013
Saturday, September 14, 2013
Kalo resolusi 5 dan 7 dilaksanakan ... BABAI PAS
Lapan Resolusi Multaqa Ulamak
Se-Malaysia
1.
Ulamak Haraki
hendaklah memposisikan diri mereka dengan lebih berkesan sebagai pemimpin
politik yang menyambung tugas para nabi-nabi. Mereka hendaklah memahami tentang
cabaran semasa dan mempertingkatkan keyakinan terhadap Allah bagi menegakkan
Islam.
2.
Multaqa Ulamak
Se-Malaysia juga mengajak para ulamak haraki PAS bagi melakukan pengukuhan
gerak kerja;
i.
Mengukuhkan gerakerja tarbiyah
ii.
Mengukuhkan kedudukan kepimpinan ulamak yang menjadi
tunjang utama kepada PAS
iii.
Memperkasakan ilmu pengurusan dan kepimpinan
3. Multaqa Ulamak Se-Malaysia mengambil
ketetapan untuk bersama-sama menangani dan menghadapi pemikiran yang merosakkan
(haddamah) dengan pelbagai usaha dan pendekatan supaya umat Islam tidak
tersasar dari asas Islam.
4. Multaqa Ulamak Se-Malaysia mengambil
ketetapan mencadangkan kepada Pas Pusat supaya melakukan analisa yang
menyeluruh dan telus serta mengemukakan analisa bagi tujuan untuk menilai
prestasi PRU 13 untuk lonjakan PRU 14.
5. Multaqa Ulamak Se-Malaysia turut
mencadangkan supaya Tahaaluf Siyaasi bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat
khususnya PKR disemak semula oleh Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat
melalui kuasa yang ada bagi tujuan menjaga maslahah dan membendung serta
menghalang mafsadah Syar'iyyah.
6.
Multaqa Ulamak Se-Malaysia menyarankan
kepada semua kerajaan-kerajaan negeri di bawah PR supaya memberi ruang yang
munasabah dan bersesuaian kepada ulamak haraki PAS yang berkelayakan supaya
dapat melibatkan diri mereka di dalam urusan pentadbiran dan pemerintahan.
7. Multaqa Ulamak Se-Malaysia menerima
saranan daripada wakil-wakil perbahasan untuk menegaskan bahawa jawatan
Presiden dan Timbalan Presiden PAS sewajarnya daripada kalangan ulamak yang
memahami dan faqih tentang Islam dan realiti semasa. Jawatan-jawatan lain
termasuk naib-naib presiden juga turut perlu dipertimbangkan daripada kalangan
ulamak dengan gandingan bersama golongan profesional dan aktivis dan
8. Multaqa Ulamak Se-Malaysia
menyeru kepada seluruh ulamak haraki PAS supaya bersiap sedia untuk mengukuhkan
kedudukan dan memainkan peranan masing-masing dalam usaha mencapai kemenangan
dalam PRU 14 ke arah pelaksanaan Islam yang syumul di Malaysia.
Friday, September 13, 2013
Monday, September 2, 2013
Sunday, September 1, 2013
Monday, August 12, 2013
BN Kerajaan 46 @ Kerajaan Pos
Menurut kajian dan analisis
Merdeka Centre berdasarkan pola pengundian PRU 13 @ Blackout 505, kemenangan BN
di 27 parlimen berikut adalah kerana undi awal atau undi pos yang mengundi BN melebihi
majoriti kemenangannya ...
1.
Segamat (93.3% pengundi pos dan undi awal untuk
BN)
2.
Bagan Serai (82.6% BN)
3.
Muar (87.2% BN)
4.
Pulai (88.8% BN)
5.
Jerai (74.2% BN)
6.
Balik Pulau (89.5% BN)
7.
Machang (79.2% BN)
8.
Labis (89.75% BN)
9.
Kuala Selangor (71.7% BN)
10.
Beaufort (71.7% BN)
11.
Kuala Kangsar (76% BN)
12.
Hulu Selangor (83.9% BN)
13.
Sungai Besar (75.1% BN)
14.
Baram (89.2% BN)
15.
Kulim-Bandar Baharu (88.8% BN)
16.
Pasir Gudang (89% BN)
17.
Tangga Batu (86.4% BN)
18.
Titiwangsa (78.9% BN)
19.
Tasek Gelugor (68% BN)
20.
Tenom (87.6% BN)
21.
Bentong (89.9% BN)
22.
Cameron Highlands (91.3% BN)
23.
Merbok (80.5% BN)
24.
Ketereh (81.6% BN)
25.
Setiawangsa (81.9% BN)
26.
Mas Gading (72.3% BN)
27.
Keningau (78.4% BN)
Huh, ghopenye deme2 ini YB POS
Subscribe to:
Posts (Atom)


