Friday, April 5, 2013

Sape nampak macam kughang ajo .. BN ato PR?

Macam inike ghopenye nak bubo palimen .. siap tunjuk dan jeling2 lagi ...

 
Haaa ... nampak cantik dan begaye ... penuh hormat


Hormat rakyat kepade raja ..

Wednesday, April 3, 2013

Ala ala latuk ...

1. Ape kabo PKR Pasir Salak?
2. Ape kabo PKR Tanjung Malim?
3. Ape kabo PKR Parit?
4. Ape kabo PKR Taiping?
5. Ape kabo PKR Tambun?
6. Ape kabo PKR Gerik?
7. PKR Kuale mesti kabo baik .. kan .. kan?
    (Nampak gayenye bolehle teman mangkah dua-dua. Satu untuk PAS dan satu untuk PKR)

Sunday, March 31, 2013

Kuale Kangso masuk dalam geng 12 ... yessss!!!

Kerusi parlimen (marginal) yang bakal dimenangi oleh PR

1) Arau (PAS kalah majoriti 300 undi)
2) Alor Setar (KEADILAN kalah majoriti 184 undi)
3) Kuala Nerus (PAS kalah majoriti 1,341 undi)
4) Larut (PAS kalah majoriti 1,911 undi)
5) Kuala Kangsar (PAS kalah majoriti 1,458 undi)
6) Kampar (DAP kalah majoriti 2,697 undi)
7) Bentong (KEADILAN kalah majoriti 12,549 undi)
8) Raub (DAP kalah majoriti 2,752 undi)
9) Jerantut (PAS kalah majoriti 1,946 undi)
10) Sabak Bernam (KEADILAN kalah majoriti 1,335 undi)
11) Pandan (KEADILAN kalah majoriti 2,961 undi)
12) Bukit Katil (KEADILAN kalah majoriti 1,758 undi)

Bukan teman yang kate, LIM KIT SIANG yang kate. Sebelum dia bekate2, udah tentule ade sebab2nye kenape dia bekate2 begitu ...   Huh, tak sabo teman nak pegi ngundi ni .. teman nak jadi pengundi nombo satu di SK Lempo. Lepaih ngundi, teman cepat2 ngelo ke Paghit untuk mantu PR Paghit pulak ... Lim Kit Siang juge kate yang Paghitpun boleh menang kalo senagha itu jadi 20.

Kalo ameno ato BN kalah di tempat2 yang deme kalah dulu kemudian dicampo pulak kalah di Laghut, Kuale Kangso, Kampo dan Paghit, memang sah dan sahih Peghak dapat balik kepade PR. Make bolehle teman betanding jadi ketua kampung ... idakkkk. Teman mane layak jadi ketua kampung. Paling komanpun pengeghusi ghesda kome oiiii ... tak ke gitu!

Thursday, March 28, 2013

Hassan lantik diri sendiri sebagai MB Kerajaan Sementara @ Haram di Negeri Sembilan

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan terpaksa mempertahankan kedudukannya sebagai Menteri Besar meskipun mengakui bahawa DUN Negeri Sembilan telah bubar secara automatik pada 28 Mac.

Pakar Undang-undang Perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari dalam kenyataannya berkata selepas DUN negeri itu bubar secara automatik Kerajaan Negeri Sembilan perlu dilantik semula oleh Yang Dipertuan Besar sebagai kerajaan sementara.

Jika tidak, hujah Aziz, ia adalah kerajaan haram dan perlantikan formal itu perlu kerana ia telah melebihi tempoh lima tahun.


Tuesday, March 26, 2013

Haaa .... Ayahanda Pekida Paghit kene tuko ke Gombak?

DSAI diapit oleh Ayahanda Paghit, Sabri Ahmad dan Ayahanda Peghak, Arman Kasa
Sumbe gambo : Telok Bakong Online (TBO)

Petikan Suara Keadilan

PERAK 11 MAC: Sekalipun Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) kerap dikaitkan dengan Umno BN,  Pengerusi Pekida Perak Tengah,  Sabri Ahmad tidak gentar untuk mengisytihar sokongan padu kepada Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Beliau yang menjadi ahli Umno sejak 1978, mengakui Pekida umumnya kerap dikait dengan Umno BN tetapi beliau tetap mahu menyokong Pakatan.
“Pekida adalah NGO, bukan parti politik. Jadi, tiada sebab kenapa perlu pertikai sokongan saya kepada Pakatan. Sokongan saya kerana yakin dengan kemampuan Pakatan untuk mentadbir negara selepas PRU 13,” kata kakitangan sebuah agensi kerajaan di Batu Gajah, Perak.....

Tiga tahun lagi nak pencen udah kene tuko sebab tak nyokong ameno .... huh

Monday, March 25, 2013

25.3.13 ... MCA Perak telah mati?

 Pejabat/Rumah MCA di Pekan Teghonok yang telah lama ditutup .. satu bendeghepun tak mandang

Tapi bendeghe BN ade bekibo di jalan2 sekito Teghonok. Sape yang pacak? Ameno?

Sunday, March 24, 2013

23.3.13 ... Ekspedisi Presiden PAS di Parit

 TG Abdul Hadi Awang dalam program malam di Gelung Pepuyu

Turut dihadiri oleh Dr. Khairuddin, Setiausaha PR Perak dan Hj. Usaili, Ketua Cabang PKR Parit

Hadirin yang hadir 

Terima kasih kepada Hj. Muaz selaku tuan rumah .. esok majlis perkahwinan anaknya. Selamat menerima menantu