Wednesday, October 14, 2009

Cina sudah kasi tolong bagi mati itu MCA. Olang MCApun mahu MCA mati. Tapi PAS talak paham.

Petang tadi teman ke kedai Soon Loong. Teman jarang ke kedai itu walaupun dekat dengan rumah teman. Selalunya bini teman jer yang pegi. Adik teman nak datang malam ni. Bini teman nak buah tembikai. Kalo dia yang pegi, udah tentu dia kena bersiap beregek dulu. Baikler teman yang pegi beli tembikai. Adik teman dari Manjong nak balik kuala. Nak singgah kejap makan malam.

Kalo kome ingat lagi citer teman masa awai-awai pose dulu, iaitu kisah tokeh kedai kata ‘yesss’ apabila teman kata yang PAS menang di Permatang Pasir. Kali ni Cina yang sama mengisahkan pula sebab-sebab Cina dan India tak sokong PAS. Maklumler pada masa tu bini dia jaga kaunter. Diapun sembangler pasai Bagan Pinang. Oleh kerana teman tak terdesak untuk balik awai, teman dengorler citernya. Sebiji sama macam yang kengkawan tulih dalam blog.

Itu Cina Bagan Pinang memang tak mahu pangkah PAS. PAS sikalang bukan PAS dulu-dulu. PAS dulu PAS for all. PAS dulu Islam. PAS sikalang Melayu. PAS for all Malay. PAS sudah macam itu UMNO. Cina sokong PAS kalo PAS betut-betut mahu buat macam Islam. Cina tahu Islam jaga semua bangsa. Jaga Cina , jaga Hindu. Islam tak mahu gaduh-gaduh. Tapi PAS sudah jadi Melayu. PAS sudah cakap talak selupa dulu.PAS mahu gaduh.

Gua baca itu sulat khabo Cina. Melayu gua tak pandai baca. Itu sulat khabo ada tulih itu Selangor punya PAS macam mahu lawan sama kawan. Dulu ada celita pasat itu PAS nombor satu sama nombor dua mahu kawan sama itu UMNO. Mahu jaga Melayu. Olang Cina kena tipu sama PAS oooo..

Tapi olang Cina respek sama itu Nik Ajid. Kalo itu Nik Ajid talak, itu Anwar mati oooo. Anwar sama itu Nik Ajid banyak ngam. Nik Ajid banyak bagut punya olang tua, Cina kasi warning sajer sama itu PAS. Cina kasi pangkah dulu sama itu UMNO. Indiapun pangkah UMNO. Tapi kalo itu PAS punya nombor satu talak paham, susah mahu cakap lagi. Talak guna sokong PAS. Cina sudah lasa UMNO pelintah. Sikalang Cina mahu lasa PAS pelintah ini Malaysia dengan Anwar. Bukan pelintah sama UMNO.

Cina sudah kasi tolong bagi mati itu MCA. Olang MCApun mahu MCA mati. Tapi PAS talak paham.

Teman tak tahu nak kata apa. Teman angguk-angguk.

Sunday, October 11, 2009

8,013 menyokong rasuah ...

Tahniah UMNO. Tahniah Isa Samad. Tahniah kerana memenangi PRK Bagan Pinang. Tahniah juga kepada 8,013 pengundi kerana menghalalkan rasuah demi maruah UMNO. PR pula seharusnya menerima hakikat bahawa pengundi awam dan tentera di Bagan Pinang mahu terus bersubahat dengan mengundi pakar rasuah satu Malaysia. Tahniah kepada anda yang mengundi Isa Samad.

Nah, sekarang UMNO telah pulih. Pengundi Melayu dan India telah kembali menyokong UMNO. Cuma pengundi Cina yang terus berdegil tidak mahu mengundi BN. Pedulikan pengundi Cina. Pedulikan nasib yang menimpa MCA dan Gerakan. UMNO tidak lagi memerlukan undi Cina dalam PRU 13. UMNO harus yakin bahawa, lambat laun pengundi Cina akan merayu melutut kepada UMNO menyatakan akan kekesalan mereka menyokong PR.

Kepada UMNO, inilah masa yang terbaik untuk membubarkan parlimen atau sekurang-kurangnya membubarkan DUN Perak. Jangan biarkan semangat kemenangan Bagan Pinang berlalu begitu sahaja. Menangguhkan PRU Perak sehingga melewati tahun 2009, hanya akan menambahkan lagi kekuatan PR Perak. Demi masa depan UMNO di Perak dan juga UMNO Satu Malaysia, bubarkan DUN Perak seberapa segera.

Berdasarkan majoriti yang besar di Bagan Pinang, jelas membuktikan bahawa pengundi Melayu dan India telah dan akan kembali mengundi UMNO. UMNO akan dapat mengekalkan 27 DUN milik UMNO di Perak. UMNO juga akan dapat menawan empat lagi DUN Melayu milik PR yang ditandingi oleh PAS dan PKR seperti DUN Lubuk Merbau, DUN Changkat Jong, DUN Kuala Kurau dan DUN Alor Pongsu. Bahkan DUN Behrang dan DUN Pasir Panjang yang mempunyai ramai pengundi India akan kembali semula ke pangkuan BN. MB Nizar akan bermasalah untuk mengekalkan kemenangannya di DUN Pasir Panjang. Tidak keterlaluan jikalau dikatakan bahawa UMNO akan memenangi 33 DUN di Perak sekiranya DUN Perak dibubarkan pada bulan ini. UMNO tak percaya?

Kepada MB DPulau, sekiranya anda tidak menggunakan kesempatan lonjakan kemenangan Bagan Pinang untuk membubarkan DUN Perak, anda sebenarnya silap. Anda boleh mencalonkan semula pimpinan UMNO yang bermasalah di DUN yang UMNO kalah. UMNO akan menang kerana pengundi Melayu dan India amat mesra dengan mereka. Jenayah dan rasuah sememangnya telah sebati dengan UMNO dan pengundinya. PR kalah besar di Bagan Pinang kerana pimpinan PR tidak pandai memberi dan menerima rasuah. Kesilapan PR di Bagan Pinang ialah kerana pemimpinnya takut mengumpul dosa!

UMNO menang ... majoriti mencecah 6000?

Huh .. betui ker?

1. UPU Pekan Siliau, BN 349 : PAS 113

2. UPU Ladang Atherton, BN 218 : PAS 115

3. UPU Ladang Bradwal, BN 215 : PAS 90

4. UPU Sua Betong, BN 371 : PAS 149

5. UPU Bagan Pinang, BN 336 : PAS 178

6. UPU Si Rusa 1, BN 357 : PAS 155

7. UPU Taman Eastern, BN 136 : PAS 78

8. Undi Pos, BN 3521 : PAS 601