Sunday, October 11, 2009

UMNO menang ... majoriti mencecah 6000?

Huh .. betui ker?

1. UPU Pekan Siliau, BN 349 : PAS 113

2. UPU Ladang Atherton, BN 218 : PAS 115

3. UPU Ladang Bradwal, BN 215 : PAS 90

4. UPU Sua Betong, BN 371 : PAS 149

5. UPU Bagan Pinang, BN 336 : PAS 178

6. UPU Si Rusa 1, BN 357 : PAS 155

7. UPU Taman Eastern, BN 136 : PAS 78

8. Undi Pos, BN 3521 : PAS 601

PR menanti gol ke-8

Teman mengikuti dari jauh akan suasana kempen dan pilihanraya di PRK Bagan Pinang yang sedang berlangsung hari ini. Teman menjangkakan yang PR berpeluang cerah untuk memenangi PRK ke-sembilan selepas PRU 12 pada 8 Mac 2008. PR sedang mendahului 7-1. Ketika ini PR dalam usaha mendapatkan golnya yang kelapan, manakala BN terkapai-kapai mencari gol keduanya.

Teman tidak begitu selesa menguatkuasakan perkataan PAS atau PKR atau DAP dalam pertarungan menentang BN. Menggunakan perkataan PAS atau PKR atau DAP hanya akan menggembirakan BN. Pimpinan parti komponen PR tidak perlu menyebut nama-nama partinya dalam PRK atau PRU. Biarlah pengundi yang menyebutnya. Pengundi sememangnya memahami bahawa bendera PAS, PKR dan juga DAP adalah bendera PR. Oleh itu tidak perlulah pendokong PR mengulang-nyebut nama partinya dalam setiap kali adanya PRK atau PRU.

Ada beberapa faktor yang teman dan pembaca sedia maklum yang telah memberi ruang untuk PR memenangi PRK DUN Bagan Pinang pada hari ini. Antara faktor-faktornya ialah,

1. Tun Madey telah mengingatkan UMNO supaya tidak mencalonkan tokoh rasuah UMNO demi maruah UMNO. Sedikit sebanyak pengundi veteran UMNO yang setia sehidup semati dengan Tun Madey tidak akan mengundi Isa Samad ataupun tidak keluar mengundi.

2. Isa Samad dilihat sebagai seteru politik MB Hassan. Penyokong-penyokong MB Hassan seboleh mungkin akan menggagalkan usaha penyokong Isa Samad untuk menobatkan semula Isa Samad sebagai ADUN . Kehadiran Isa Samad walaupun bukan sebagai exco atau MB NS, tetap akan membuatkan MB Hassan sentiasa bermasalah dalam pentadbirannya.

3. Dijangkakan lebih 80 peratus Pengundi Cina dan India akan mengundi PR. Ini berdasarkan perkembangan masalah dalam parti politik MCA dan MIC. EGM MCA tidak menyelesaikan masalah, bahkan menambah-kusutkan lagi masalah BN.

4. Lokasi Bagan Pinang yang tidak begitu jauh dari pusat bandar yang merupakan kubu kuat PR memberi kelebihan kepada PR. Pengundi yang tinggal atau berulang alik ke Seremban, Nilai dan Kuala Lumpur akan mempengaruhi semula pola pengundi tradisi UMNO. Mereka akan besama PR pada kali ini.

5. Tekanan dan pendedahan yang tidak putus-putus oleh pimpinan PR terhadap kelemahan undi pos membuatkan SPR perlu berhati-hati mendominasi undi pos untuk BN. SPR kelihatan telah hilang arah tujunya untuk memenangkan UMNO melalui undi pos. Dijangkakan anggota tentera akan lebih berani mengundi PR pada kali ini.

6. Peranan media alternatif seperti laporan ikhlas para blogger dalam pelbagai bahasa telah merancakkan suasana dan keberkesanan setiap kali adanya PRK. Golongan muda yang melayari internet akan memaklumkan isu-isu terkini kepada pengundi berusia.

Gollllllllllllllll .....

PR : 8 BN : 1



Tuesday, October 6, 2009

Altantuya mengetahui banyak perkara yang tidak diketahui sama ada orang awam dari Malaysia mahupun Perancis

Kenyataan Dr. Shaariibuu Setev berhubung lawatan Najib Razak ke Paris pada 5-6 Oktober 2009, sebagai kenangan kematian anak perempuannya Altantuya Shaariibuu pada 19 Oktober 2006 di Malaysia.

Saya kesal kerana tidak dapat menghadirkan diri di Paris untuk bertemu dengan Encik Najib Razak, ketika beliau membuat lawatan rasmi selaku Perdana Menteri Malaysia. Saya jatuh sakit, dimasukkan ke hospital disebabkan keadaan yang kurang sihat. Saya teringin untuk bercakap dengan Encik Najib, menyampaikan mesej kepadanya dan berjabat tangannya. Saya cuba untuk bertemu dengannya di Parlimen Malaysia pada tahun 2007, tetapi beliau meninggalkan dewan terlebih dahulu. Perjalanan saya di Malaysia tidak sempurna pada kali itu.

Tiga tahun saya menderita sejak anak perempuan saya Altantuya Shaariibuu mati di tangan Polis Di-Raja Malaysia dengan cara yang zalim. Beliau meninggal dunia pada 19 Oktober 2006, semasa bulan Ramadan, bulan yang paling suci untuk Muslim. Beliau diletupkan dengan bahan letupan militan, dan pembunuhan yang pelik ini masih belum menemui punca sehingga hari ini. Walaupun dua orang polis (Azilah Shaari and Sirul Omar) yang terlibat dalam pembunuhan ini telah disabitkan kesalahan dan dijatuhkan hukuman mati, namun keluarga saya dan saya masih tidak mampu untuk menjelaskan kepada dua orang cucu saya, anak Altantuya - Altanshagai dan Multanshagai, bahawa ibu mereka telah mati dalam keganasan dan kekejaman di tempat yang jauh bernama Malaysia.

Saya berharap PM Najib Razak menikmati lawatannya di Perancis, di mana sahabat rapatnya Abdul Razak Baginda yang menjadi broker kepada sebuah syarikat Perancis, menjurus kepada situasi yang berakhir dengan pembunuhan anak perempuan saya. Tidak dinafikan bahawa beliau telah mati sebagai penterjemah kepada sebuah syarikat Malaysia yang membeli submarine Perancis bernilai billion Euro, dan mengetahui banyak perkara yang tidak diketahui sama ada orang awam dari Malaysia mahupun Perancis.

Saya telah memfailkan guaman sivil terhadap dua orang polis dan kerajaan Malaysia, menuntut pampasan untuk kematian anak perempuan saya. Beliau adalah penyara keluarga yang utama untuk kedua-dua anak lelakinya. Kini kedua-duanya menjadi anak yatim, dan masa depan mereka tidak menentu untuk saya. Usia isteri saya dan saya semakin lanjut dan kami bukan orang yang berada. Ia hanya adil apabila kerajaan Malaysia bertanggungjawab kepada apa yang berlaku kepada anak perempuan saya.

Dua orang polis yang melakukan pembunuhan keji terhadap anak perempuan saya yang berumur 28 tahun, berkhidmat di bawah Najib Razak, selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan pada ketika itu. ADC (aide de camp) Najib , DSP Musa Safri dilaporkan memberitahu polis (chief inspector Azilah) untuk membantu Abdul Razak Baginda (kiri, gambar kiri), berunding dengan Altantuya apabila beliau datang untuk meminta komisennya. Namun, Musa Safri tidak pernah dipanggil untuk tampil di mahkamah dan disoalsiasat penglibatannya dalam kes ini.

Memandangkan banyak yang dikaitkan Najib dalam pembunuhan ini, adalah mustahil dan tidak bertanggungjawab untuk Najib membersihkan tangan dalam isu ini, bersikap seolah-olah tragedi ini tidak berlaku terhadap anak perempuan dan keluarga saya.

Syarikat Perancis yang terlibat dengan perundingan orang Malaysia ini juga tidak dapat dikecualikan. Anak perempuan saya tidak akan ditimpa kematian yang zalim ini seandainya deal ini telus dan adil.

Saya merayu atas nama anak perempuan saya, isteri saya, dua orang cucu saya dan semua orang Mongolia, jangan biar anak perempuan saya mati dengan begitu sahaja. Mayatnya mungkin diletupkan kepada jutaan cebisan yang gagal dikenalpasti, tetapi hati kami kekal satu, menegakkan keadilan untuk anak perempuan saya yang tercinta, untuk menenangkan rohnya dan memastikan anak yatimnya memiliki masa depan yang wajar.

Terima kasih.
Yang ikhlas, daripada seorang warga Mongolia yang anak perempuannya dibunuh oleh polis di Malaysia: Dr Shaariibuu Setev.

Sumber : http://merdekareview.com/bm/index.php