Saturday, October 27, 2012
Selamat hari raya korban
Alhamdulillah .. haghi ini teman udah tumbangkan lime ekor keghobo .. teman lempo tali dan dapat sauk kakinye .. taghikkkk
Thursday, October 25, 2012
Peghojek Late Kinjang : Bah Tony lawan Ngeh Ko Ham
Oleh : Mat Saman Kati
Satu-satunya
daya tarikan yang terdapat di Chenderiang ialah Lata Kinjang. Masa aku masih
bersekolah dulu, setiap hujung minggu, sama ada kami lepak kat sini ataupun di
Lata Iskandar. Yang ni kena cerita lain kali la…sebab apa yang menarik sekarang
ialah perebutan kerusi DUN Chenderiang antara PKR dan DAP yang sampai sekarang
belum selesai.
Apa
yang ada kat Chenderiang? Bukan ada pekan besar…tak ada industri…tak ada
tarikan pelancung..China Doll pun tak ada….apa pun tak ada.
Sejak
PRU tahun 1999 dulu, kerusi DUN Chenderiang sapa pun tak mau. PAS tak mau, DAP
tak mau. PKR ambik kerusi tu pasai sapa pun tak mau. Dan kerusi DUN Chenderiang
tu hanyalah untuk menyedapkan hati pemimpin PKR yang gila nak jadi calon.
Tahun
1999, Mahinder Singh kalah. Tahun 2004, S. Francis nasib baik tak hilang
deposit. Tahun 2008, Arjunan pulak kalah. Malah satu-satunya kerusi yang
dimenangi oleh MCA ialah Chenderiang. Parlimen Tapah dan DUN Chenderiang
merupakan fixed deposit BN. Letak batu pun BN boleh menang.
Tapi..mengapakah
pada kali ini DAP begitu bersungguh-sungguh mahukan kerusi DUN Chenderiang? DAP
dah dapat 18 kerusi dan semuanya dimenangi pada tahun 2008. Kalau dapat lagi
satu pun, tidak memberikan banyak makna. Sebaliknya, imej Pakatan akan dilihat
terjejas kerana DAP akan dilihat sebagai parti yang benar-benar berkuasa,
manakala PAS dan PKR hanya menjadi kuda tunggangan. Apakah yang istimewanya DUN
Chenderiang hinggakan Ngeh sanggup bermasam muka dengan semua orang?
Tapah
terletak dalam Daerah Batang Padang di Perak. DUN Chenderiang adalah salah satu
DUN dalam Parlimen Tapah. Satu lagi ialah Air Kuning yang ditandingi Umno. DUN
Chenderiang merupakan satu-satunya DUN di Malaysia dimana pengundinya paling
majmuk. (homogenous). Bukan saja bangsa-bangsa utama semuanya terdapat sama
banyak, malah Di Tapah ini juga terdapat pelbagai suku-suku kaum.
Dikalangan
orang Melayu saja ada pelbagai suku kaum. Jawa, Banjar, Rawa, Rambah, Temusai,
Perak, Mendailing. Dilangan orang Cina juga terdapat Teowchew, Hakka, Khek,
Cantonese. Dikalangan orang India juga ada yang Malabari, Malayalee, Tamil.
Terdapat juga seramai 670 pengundi pos yang tediri dari tentera di Jalan
Pahang.
Parlimen
Tapah ditandingi oleh MIC manakala DUN Chenderiang kerusi MCA. Dalam PRU 2008,
pengundi India dan Cina ramai yang lari ke PR dan pengundi Orang Asal menjadi
penyelamat kepada BN. Boleh dikatakan, Dr. Mah Hang Soon dari MCA menang kerusi
DUN Chenderiang kerana undi Orang Asal. Nasib Dr. Mah juga baik kerana calon
PKR tidak dikenali.
Pengundi
Tapah juga sukar difahami. Mereka lebih suka mengundi mengikut calon…bukan
mengikut parti. Dalam PRU 2008, undi yang diperolehi oleh Calon DUN..tak sama
dengan calon Parlimen.
Arjunan
dari PKR hanya mendapat 35% undi untuk DUN Chenderiang ..tetapi Tan Seng Toh
juga dari PKR yang bertanding kerusi Parlimen mendapat 42%.
Kedua-dua
parti, DAP dan PKR menganalisa perkara ini dan peluang untuk menang itu masih
ada sekiranya mereka dapat mengatur strategi yang lebih baik.
Kedua-dua
parti sedar bahawa kunci kepada kemenangan di DUN Chenderiang ialah undi Orang
Asal. Kalau parti tersebut dapat menarik 35% undi orang Asal, maka kemenangan
sudah boleh dicapai. Oleh sebab itu, masing-masing berebut untuk mencari
seorang yag boleh diterima oleh Orang Asal dan kedua-duanya melihat Bah Tony
sebagai orang yang paling layak untuk dicalonkan sebagai Calon PR.
Seperti
yang aku katakan sebelum ini, Bah Tony adalah aktivis masyarakat..bukan ahli
politik. Dia boleh bergaul dengan siapa saja tanpa sekatan fahaman parti. Dia
boleh masuk kemana saja pelusuk hutan disekitar Chenderiang tanpa halangan
sebab dia Orang Asal. Dia juga seorang Muslim dan dia boleh masuk kemana saja
kampung Melayu. Dia juga seorang peguam yang dikenali oleh ramai orang.
Malah
PKR bersedia untuk memberikan laluan kepada Bah Tony untuk bertanding atas
tiket PKR walaupun dia ahli DAP. PAS pula bersedia untuk membantu Tony
bila-bila masa. Tidak keterlaluan kalau aku katakan bahawa Tony adalah diantara
hanya beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang rentas parti.
Setakat
ini..hanya beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat yang melepasi standard aku
sebagai pemimpin rentas parti. Nizar, Raja Ahmad Iskandar , Chang Lih Kang,
Bah Tony. Muhaimin kena improve lagi walaupun dia ada memiliki ciri-ciri
itu.
Berbalik
kepada DAP.
Sebelum
2008, DAP hanya mahu jadi pembangkang. Pemimpin DAP tak pernah mimpi untuk
membentuk kerajaan. Tapi dalam PRU 2008, peluang tiba-tiba datang dari langit
dan DAP tiba-tiba jadi parti yang memerintah.
Bila
memerintah, masa timbul lah macam-macam perangai. Pantang ada peluang, semuanya
depa nak sapu..sampai kontrak buat kot untuk ADUN pun depa sapu.
Ngeh
dan Nga menjadi taiko DAP Perak. Dan diantara dua bersaudara ini..masing-masing
mempunyai peranan tertentu untuk menguasai politik Perak.
Ngeh
dilantik menjadi EXCO kanan yang bertanggungjawab tentang kewangan dan tanah.
Nga pula menjadi EXCO Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Sorang kontrol kawasan
bandar, sorang lagi kontrol hutan.
Dalam
siri Skandal Nga Kor Ming, aku ada bubuh gambar Nga Kor Ming dan Lee Chee Seng.
Tapi yang ditengah aku bubuh “tak dikenali”. Sebabnya, ada cerita yang lebih
menarik disebalik gambar itu dan kali ini aku bagi tau sedikit saja.
Semasa
PR memerintah, Nga Kor Ming adalah EXCO Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Lee
Chee Seng adalah pemaju hartanah. Taman Kaya di Ipoh yang sentiasa menjadi
kontroversi adalah salah satu projek perumahan yang dibuat oleh Lee Chee Seng.
Yang ditengah itu ialah Datuk Au How Cheong, ADUN Gerakan yang kalah dalam PRU
2008 dan pernah menjadi EXCO sebelum BN tewas tahun 2008.
Gambar
ini diambil semasa perasimian Restoran Michelin Star yang dimiliki oleh Nga Kor
Ming dan Lee Chee Seng pada tahun 2009. Bangunan restoran tersebut dimiliki
oleh seorang Pengerusi MCA cawangan di Lumut.
Sikit
punya cantik ka hubungan depa? MCA, Gerakan dan DAP sama-sama berkongsi
dalam satu bisnis!! Melayu PKR dan PAS tak habis-habis bercakar pasai kerusi.
Ada
banyak lagi cerita tentang Nga Kor Ming..tapi yang tu simpan dulu sebab ini
siri Ngeh Koo Ham.
II
Cuba
tengok gambar Google Earth ini dan sapa yang pakai akai akan nampak mengapa
kerusi DUN Chenderiang menjadi rebutan DAP…terutamanya Ngeh Koo Ham.
Bila
Bah Tony keluar DAP..dia keluar secara diam-diam. Lagi pun dia bukan ada
masalah dengan DAP. Dia hantar surat perletakan jawatan dan keluar parti terus
kepada Setiausaha Agung DAP..Lim Guan Eng. Lepas tu dia pi jumpa Lim Kit Siang.
Yang
dia tak jumpa ialah Ngeh Koo Ham. Pasai apa nak jumpa Ngeh?
Bila
mediaperak mula-mula menyiarkan Bah Tony keluar parti pada 17 Oktober… Ngeh pun
tak bising. Walaupun DAP rasa rugi sebab Bah Tony keluar parti, tapi Ngeh tak
rasa apa-apa. Dia rela Tony keluar parti sebab dia tak boleh nak kontrol Tony.
Tony tidak mahu dijadikan kuda tunggangan Ngeh.
Tapi
bila aku tulis tentang Ngeh keesokan harinya pada 18 Oktober,, disini…
Ngeh mula gelabah dan gabra. Dia tau, kalau aku bongkarkan cerita tentang apa
yang dia cakap kepada orang-orang Asli di Tapah…dia lagi malu. Ngeh tak tau
bahawa aku dilahirkan di Tapah. Kampung aku sebelah kampung Bah Tony. Rangkaian
aktivis Orang asli di Tapah ramai yang kawan sekolah aku.
Memang
Tony tak bercerita kat sapa-sapa…malah aku sendiri pun dapat tau Tony keluar
DAP dari member-member Orang asli di Tapah.
Ngeh
cuba melakukan damage control. Dia minta kepada sorang kawannya untuk berjumpa
dengan aku dan mahu tau pasal apa aku tulis tentang skandal dia. Kawan dia pun
jumpa aku dan aku bagi tau pasal apa.
Keesokan
harinya, Ngeh juga meminta kawannya ini untuk mengatur pertemuan dengan Bah
Tony dan mereka pun berjumpa pada 19 Oktober sambl makan tengahari. Apa yang
depa cakap aku tak tau la…tapi sebaik saja berjumpa Tony..Ngeh terus men”tweet”
dalam Twitternya.
Untuk
menyelamatkan dirinya, Ngeh juga mengeluarkan kenyataan kepada The Star.
Tujuannya adalah untuk memusnahkan kredibiliti mediaperak dan juga kredibiliti
Tony. Supaya nanti, orang akan berkata..”jangan percaya kat Mediaperak”..atau
pun..”jangan percaya cakap Tony.”
The
Star menulis pada 19 Oktober,
Bullshit..
Tony tidak pernah berkata bahawa dia mahu keluar DAP kerana sebab-sebab
peribadi. Dia keluar DAP kerana sebab prinsip. Aku akan bagi tau apa dia.
Ngeh
cuba mencipta persepsi bahawa Tony keluar DAP kerana sebab peribadi. Lain
kali..orang tak akan percaya kat Tony lagi dah. Kalau sebab peribadi pun nak
keluar parti..macam mana kalau dia jadi Wakil Rakyat? Apakah Tony juga akan
meletakkan jawatan kerana sikap peribadi? Ngeh cuba mencipta persepsi bahawa
Tony tak boleh diharap.
The
Star menulis lagi,
Bah
Tony, who submitted his resignation letter to Ngeh almost two weeks ago, joined
DAP in 2011.
Fuck
la. Nak tipu pun biarlah ada berpada-pada sikit.
Ahli
DAP yang nak letak jawatan atau keluar parti cuma perlu menghatntar surat
perletakan jawatan terus kepada Setiausaha Agung parti. Tu pasal Ngeh tak tau.
Tony tak hantar surat keluar DAP kepada Ngeh tapi kepada Guan Eng.
Dalam
surat tu.Tony tak cakap pun sebab-sebab dia keluar parti. So..macam mana Ngeh
boleh cakap Tony keluar parti atas sebab-sebab peribadi?
Dan
dalam tweetnya, Ngeh cuba mencipta persepsi bahawa Tony sedang menimbangkan
sama ada untuk terus keluar atau kekal dalam DAP.
Ngeh
tipu lagi.
Tony
tak cakap pun dia akan “seriously considering to stay in DAP”. Betul…Ngeh
merayu dan melutut kepada Tony supaya kekal dalam DAP..tapi Tony sudah bertegas
untuk keluar dari DAP. Itu sebabnya, Tony terpaksa membuat kenyataan kepada
akhbar The Malay Mail keesokan harinya (20 Oktober) bahawa dia tidak akan
kembali kedalam DAP.
So…sapa
yang menipu?
ok..esok
aku bagi tau apa yang cuba dilakukan oleh Ngeh di Chenderiang. aku bukan nak
kata bahawa apa yang akan aku dedahkan menjadi sebab mengapa Tony keluar DAP.
Tapi sapa-sapa pun dikalangan Orang Asli akan merasa terhina sekiranya
mengetahui perancangan Ngeh. Tony lebih rela keluar DAP daripada membiarkan
Ngeh memperkudakan Orang Asli.
“I
have been committed and will always be committed to my people. I have been
doing that for the last 25 years,” he said.
Tony
resigned because of his people..not because of his personal reasons.
Kalau
Tony kekal dalam DAP..Tony juga akan dipulaukan atau dipinggirkan oleh
orang-orangnya sendiri. Dan aku nak tegaskan disini..Tony dan Orang Asli bukan
tak suka DAP.
Masalahnya
ialah Ngeh dan Nga.
III
Kira-kira
75% daripada kawasan DUN Chenderiang dilitupi hutan. Hutan Simpan Bukit Tapah
masih lagi kawasan hutan dara yang masih belum diteroka. Selain daripada
Parlimen Tapah, satu lagi kawasan Parlimen yang masih penuh dengan hutan ialah
Gerik.
Bila
sebut hutan, ia tak boleh dipisahkan dengan Orang Asal. Hutan adalah dunia
mereka dan kalau hutan di selongkar dan dimusnahkan, bermakna kita membunuh
Orang Asal secara perlahan.
Terdapat
4,310 orang (20%) pengundi Orang Asal di DUN Chenderiang.Itu cuma separuh dari
jumlah penduduk. Kalau dicampur semuanya, terapat kira-kira 10,000 penduduk
Orang asal di Chenderiang sahaja. Anggap lah satu keluarga itu terdiri dari 6
orang. (Suami isteri dan 4 orang anak)….bermakna ada 1600 keluarga.
Dalam
banyak kali perjumpaan dengan wakil-wakil dan aktivis Orang Asal, Ngeh selalu
bercakap tentang bagaimana hendak meningkatkan taraf ekonomi Orang Asal. Ngeh
selalu berjanji..kalau Pakatan Rakyat memerintah Perak, dia akan memastikan
pendapatan minima seisi keluarga bagi Orang asal akan ditingkatkan kepada
RM3,000 sebulan.
Ini
sudah jauh lebih baik dari Khalid Ibrahim di Selangor yang hanya mensasarkan
pendapatan minima isi keluarga sekadar RM1,500 sebulan.
Idea
ini bagus dan tidak ada sebab untuk menentang Ngeh. Orang Asal pun setuju dan
menyokong idea Ngeh ini. Malah Tony pun ikut terpengaruh dengan idea Ngeh ini
dan sebab itu dia masuk DAP. Siapa saja yang sedia membantu Orang Asal,
Tony akan sokong.
Semuanya
berjalan baik dan DAP semakin mendapat pengaruh di Chenderiang. DAP semakin
kuat manakala PKR macam biasa.
Kekuatan
ini membuatkan Ngeh menuntut kerusi Chenderiang yang sebelum ini ditandingi
oleh PKR…dan Ngeh menggunakan Tony sebagai umpan dalam perbincangan kerusi
dengan PKR.
Tetapi
keadaan berubah sejak kira-kira dua bulan lalu. Ini disahkan oleh Ngeh dalam
kenyataannya dalam The Star.
Ngeh
berbohong dalam kenyataan in dan aku akan tunjukkan apa yang sebenarnya
berlaku. Memang benar Ngeh ada berbincang dengan Tony, tapi Tony sudah
menyatakan ketidakpuasan hatinya bukan atas alasan peribadi.
Bagaimana
hendak meningkatkan pendapatan isirumah Orang-Orang Asal kepada RM3,000
sebulan? Tanam petai? Bela rusa dalam hutan?
Sekiranya
PR memerintah, DAP akan mewujudkan Ladang Rakyat untuk Orang-Orang Asal. Ladang
Rakyat ini akan ditanam dengan kelapa sawit dan setiap keluarga akan mendapat
10 ekar. Kalau satu ekar boleh mendatangkan RM3,000 sebulan…bermakna setiap
bulan, setiap keluarga akan mendapat RM3,000 ringgit.
Macam
mana Orang Asal nak usahakan tanah seluar 10 ekar? Jangan risau…nanti dulu.
Sebelum nak buat ladang sawit, hutan kena tebang dan dibersihkan dulu.
Yang
ini lebih menarik!!
Ladang
Rakyat itu tidak berapa menarik..tapi balak yang akan dikeluarkan sebelum
Ladang itu dibuat adalah lebih lumayan!! Ngeh tak pernah cakap pasal balak
dengan Orang Asal. Dia tak mau kongsi hasil balak dengan Orang Asal..sebaliknya
hanya nak bagi ladang sawit.
Ngeh
sudah yakin bahawa BN akan tumbang di Perak dan PR akan memerintah.
Malah..orang BN sendiri pun rasa macam tu. Dan Ngeh sduah bersiap sedia untuk
menguasai balak di DUN Chenderiang.
Ngeh
berpakat dengan orang Gerakan dan Umno!!!
Sekitar
bulan Jun lalu, Ngeh mula menggerakkan sebuah syarikat yang selama ini rugi.
Ngeh dilantik menjadi pengarah syarikat tersebut.
Syarikat
tersebut disusun semula dengan memasukkan beberapa orang Pengarah baru dan
pemegang-pemegang saham baru. Dia juga menggunakan sebuah syarikat Bumiputera
yang selama ini rugi..tiba-tiba diberikan 50% saham dalam syarikat baru ini.
Siapa orang Melayu yang bersedia dijadikan kuda tunggangan Ngeh ini? Nanti
dulu.
Syarikat
ini diberi nama Upayapadu Sdn Bhd. Dalam bulan Ogos..kira-kira dua bulan lalu,
syarikat Upayapadu telah melantik Nga Kor Ming sebagai salah seorang Pengarah.
Seorang lagi adik beradik Ngeh.. Nga Ko Tong juga dilantik sebagai Pengarah.
Tak
cukup dengan itu, dua orang lagi kroni Ngeh iaitu Dang Tai Hock yang merupakan
pembekal poster-poster untuk calon DAP dalam PRU lepas juga dimasukkan.
Semuanya ini berlaku dalam bulan Ogos lalu…dan mereka memilih tarikh 8.8
sebagai tarikh dilantik sebagai Pengarah syarikat Upayapadu Sdn. Bhd.
Apakah
bisnis yang di daftarkan oleh Syarikat Upayapadu?
Whoa!!
Ngeh sudah ada syarikat balak!!
Kesemua
Pengarah dalam syarikat Upayapadu adalah sanak saudara Ngeh dan Nga. Bolehkah
Syarikat Upayapadu mendapat konsesi balak nanti? Selalunya…dalam perkara bisnis
ini, syarikat yang dimiliki oleh Tauke Cina duduk belakang…dan mereka
munggunakan syarikat Bumiputera untuk mendapatkan habuan.
Ngeh
pun serupa macam tauke-tauke Cina yang lain. Dia hanya menjadi Pengarah
syarikat…manakala pemegang sahamnya orang lain.
Siapakah
pemegang-pemegang saham dalam syarikat Upayapadu?
Wow!!
It’s getting interesting!!
Aku
tak kenal sapa dia pemilik saham terkecil itu.Chua Yaw Huei. Tapi seorang tauke
yang tinggal di Sunway Sutera Condo.
Melayu
yang bernama Mohd. Khairi bin Aseh tu agak ganjil sikit. Kalau Google..yang
keluar ialah Pengarah Eksekutif Asian Kitchen (M) Sdn Bhd. Bila disemak nombor
Kad Pengenalan dalam daftar pemilih SPR..dia mengundi di Presint 10, Taman
Metropolitan, Putrajaya.
Pengarah
Perbadanan Putrajaya ialah Tan Sri Aseh Che Mat bekas Ketua Setiausaha
Kementerian Dalam Negeri yang bertanggungjawab terhadap tahanan ISA. Seorang
anak Tan Sri Aseh ialah Mohd. Khairun b Aseh, seorang EXCO Pemuda Umno!!
Adakah
Mohd. Khairi ini adik beradik kepada Mohd. Khairun Aseh? he.he.he..
Pemegang
saham kedua terbesar dalam Syarikat Upayapadu ini ialah Datin Sri Loo Chooi
Ting. Datin Sri Loo pula merupakan Pengarah Eksekutif Innovest…sebuah syarikat
pembalakan terbesar dinegara ini. Innnovest juga mendapat konsesi balak
yang cukup luas di Afrika.
Come
on la. Macam mana orang macam Datin Sri Loo boleh melabur dalam syarikat dimana
Pengarahnya ialah Ngeh dan Nga? Tak kan Innovest nak buat bisnis kecil-kecil?
Cuba
congak sikit.
Kalau
setiap keluarga orang asli di Chenderiang akan diberikan 10 ekar
tanah…berapakah keluasan yang diperlukan untuk diberikan kepada 1600 keluarga
Orang Asli di Chenderiang?
10
x 1600 = 16,000 ekar.
Berapa
nilai balak bagi satu ekar? Fuiyo!!
Nanti
dulu….tak habis lagi.
Siapakah
pemilik syarikat Seri Pertiwi Sdn Bhd yang memegang 50% saham dalam
Upayapadu?
Jeng…jeng..jeng.
Orang Asli yang duduk dalam hutan pun tau apa yang Ngeh nak buat…tak kan Kit
Siang dan Guan Eng tak tau?
**Maklumat lanjut dan bukti begambo boleh ditengok dan dipikiokan di http://mediaperak.net/
Wednesday, October 24, 2012
Sunday, October 21, 2012
Media Perak kene godam?
Mamamat Jantantuya posted to Mat Saman Kati
Tolongggg
.. tolong ajo teman caghe2 mengatasi gangguan melayari Media Perak di
wall ini supaye teman boleh panjangkan di dango untuk ajo pembace yang
lain pulak ... udah empat haghi teman tak boleh bukak Media Perak ..
hanye dapat tengok tajuknye je .. kesianle teman
- Mat Saman Kati Tak ngape Yob...tak ada update baru sebab kami pun tak boleh nak masuk. Tunggu sehari due ni..kami tengah buat rumah baru.
- Mat Saman Kati Nak buat macam mana weh..tengah mengelupor ni. Tangan teman pun dah ngetor nak sambung cerita Ngeh. ha.ha.
Wednesday, October 17, 2012
Mokhtar Petah menulis ... Kalau Istana Iskandariah ini runtuh, akan ada alamat tidak baik ...
Saya telah melawat ke istana ini (Istana Iskandariah, Kuala Kangsar). Saya sedih, kerana tidak dijaga dengan rapi. Seorang penjaga memberitahu saya, oleh kerana kontrektor baik pulih istana ini tidak menggunakan kayu - kayu jenis baik, dalam istana ini telah dinaiki anai - anai.
Khazanah - khazanah di dalamnya
telah diangkut keluar. Ada yang dibawa ke Ipoh dan Kuala Lumpur,
tetapi tidak tahu di mana tempatnya.
Saya hairan, mengapa Kerajaan Negeri Perak tidak menaruh perhatian yang serius kepada istana bersejarah ini.
Istana ini ada beberapa faktor yang baik untuk orang Melayu dan orang Islam:
1 - Pada zaman Sultan Iskandar, diadakan majlis baca Quran dan membaca Yasin.
2 - Jin kerajaan (Jin Islam yang menjaga Sultan Perak, Sultan Iskandar dan Sultan Idris Shah mempunyai angkatan beribadat dalam istana ini. Kemudian setelah istana Iskandariah dibina, mereka pindah ke sana. Menurut Sheikh Abdullah Fahim dan Haji Khalid, tidak sebarang orang boleh tinggal di sana. Kalau salah orang, jin - jin itu mengganggu.
3 - Istana ini ada unsur sejarah dan budaya Melayu lama.
4 - Bumbungnya ada lima, sebagai menandakan rukun Islam lima perkara.
5 - Kata Allahyarham Haji Mat Saman Kati (guru agama Islam kepada Sultan Idris Shah:
Kalau istana ini tak dijaga dengan baik, kalau ia runtuh, akan ada alamat tidak baik kepada kerajaan Negeri Perak.
3 - Istana ini ada unsur sejarah dan budaya Melayu lama.
4 - Bumbungnya ada lima, sebagai menandakan rukun Islam lima perkara.
5 - Kata Allahyarham Haji Mat Saman Kati (guru agama Islam kepada Sultan Idris Shah:
Kalau istana ini tak dijaga dengan baik, kalau ia runtuh, akan ada alamat tidak baik kepada kerajaan Negeri Perak.
Tuesday, October 16, 2012
Tuesday, October 9, 2012
Tuesday, October 2, 2012
Taming Sari yang ori ...
Keris Taming Sari yang ori ...
Sumber : http://aku-tak-peduli.blogspot.com/2012/09/permukiman-bloggers-janda-baik.html#comment-form
???
Subscribe to:
Posts (Atom)