PRK Kajang sedikit sebanyak telah menampakkan perbezaan pemikiran politik masa kini di kalangan ahli-ahli PKR dan PAS. Pemikiran politik DAP sememangnya penuh dengan strategi berbanding PKR dan PAS. Seperti kata Subky Latif, PRK Kajang adalah strategi politik tinggi Anwar Ibrahim. Mungkin boleh ditambah politik tinggi ini adalah penyatuan pemikiran Anwar dan Rafizi. Pemuda PAS juga telah diperingatkan betapa pentingnya menjadi pemuda biasa yang mampu berfikiran luar biasa.
UMNO sedar akan politik tinggi ini. UMNO sedar yang UMNO cuba dibawa mengikut rentak tari politik Anwar yang akhirnya UMNO yang tersungkur. Tun Mahathir tahu. Tun Zaimpun tahu. Tetapi pemimpin kecil dan besar dalam PKR dan PAS begitu kerdil untuk memikirkan permainan politik tinggi ini. Kelompok politik rendah ini terlalu sukar untuk memahami politik tinggi Anwar. Pemikiran yang tidak kesampaian! Mereka mahu diberitahu semuanya. Jikalau semuanya diberitahu, bukanlah strategi namanya. Itu bodoh namanya. Apabila Anwar kata pencalonannya untuk menguatkan PR di Selangor dan seterusnya ke Putrajaya, janganlah kita mengherdik dan mendesak dia untuk memberitahu semuanya. Ingat, ada kalanya kita kena terus terang dan ada masanya kita kena berfikir di luar kotak.
Anwar tidak akan jadi MB Selangor. Kehadiran Anwar akan menambahkan kekuatan PR di Selangor. Pada waktu yang sama UMNO akan semakin lemah bukan sahaja di Selangor, malah di Semenanjung. Jikalau Anwar tidak berada dalam DUN Selangor, akan ada lompang untuk UMNO mengerjakan Khalid. Tetapi apabila Anwar ada, niat untuk mengerjakan Khalid terpaksa dibatalkan. Maka selamatlah Khalid sebagai MB dan selamatlah PR Selangor dalam PRU 14. Untuk lemahkan UMNO, Khalid kena buat macam ini. Azmin kena buat macam itu. Biar menampakkan macam gaduh. Untuk lebih real, Khalid umumkan bertanding lawan Azmin. Fuhh ... Biar UMNO lihat PKR lemah. Biar UMNO puji Khalid. Biar UMNO habiskan masa untuk memuji dan mencerca pimpinan PKR. Biarkan .. biarkan.
Kesannya, PM Najib menjadi saksi MoU air di Selangor. SYABAS terbabas. Selesai satu kerja ...
Tahniah Anwar. Tahniah Rafizi. Tahniah Khalid. Tahniah Azmin. Tahniah juga kepada mereka yang cuba memahami maksud politik tinggi ...