Saturday, June 30, 2012

MSK : Najib Merampas Kuasa Di Perak .. siri 1


Oleh:MSK

Sejak beberapa hari lalu, dah mula heboh cerita tentang cubaan merampas kuasa. Yang paling bising ialah orang yang terlibat secara terus dengan rampasan kuasa di Perak. Salahkah merampas kuasa? Kalau Najib tidak bersalah merampas kuasa di Perak, maka tidak salah kalau ada mana-mana pihak yang mahu merampas kuasa di peringkat pusat.

Bagi mereka yang sudah lupa tentang apa yang berlaku di Perak tiga tahun lalu, Mediaperak akan menyiarkan kembali tentang apa yang berlaku pada Februari 2009.
Buat permulaan, kita cuba imbas kembali beberapa peristiwa penting yang berlaku sejak Januari 2009 untuk memahami tentang perancangan yang dibuat oleh Umno untuk merampas Perak.

2009

25 Januari : ADUN Bota, Dato Nasarudin Hashim keluar Umno dan menyertai PKR.

26 Januari: DS Tajol Rosli meletak jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan Umno negeri Perak.

29 Januari: Najib dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Perak manakala Zahid Hamidi dilantik sebagai Timbalan.

30 Januari : DS Nizar menafikan laporan yang mengatakan dua EXCO Perak, Jamaludin dan Osman Jailu akan menyertai Umno.
1 Februari: DS Abdullah Badawi berkata ada kemungkinan ADUN dari Pakatan Rakyat di Perak akan menyertai BN. Pada hari yang sama, Speaker DUn Perak mengumumkan dua ADUN yang “hilang” sejak 26 Disember telah meletak jawatan serta merta. Surat perletakan jawatan telah diserahkan kerumah beliau melalui wakil masing-masing.

2 Februari: DS Nizar mengadap Sultan Perak, Sultan azlan Shah di Istana Kinta, Ipoh memaklumkan perkembangan semasa politik negeri. Khususnya berkaitan isu perletakan jawatan Jamaludin dan Osman sebagai ADUN.

4 Februari: Menteri Besar Perak memasuki Istana Kinta untuk mengadap Sultan Perak pada pukul 3.50 petang. Pada pukul 4.40 petang, Najib mengumumkan 3 ADUN Pakatan Rakyat telah keluar parti dan memberi sokongan kepada BN. Oleh itu, BN mempunyai majoriti di DUN dan akan membentuk kerajaan negeri di Perak.

5 Februari.: Najib mengumumkan Sultan Perak telah diberitahu bahawa BN mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan negeri Perak dan Sultan akan menitahkan keputusanya tidak lama lagi. Dalam masa yang sama, Sultan tidak memperkenankan pembubaran DUN dan menitahkan DS Nizar meletak jawatan sebagai Menteri Besar. Pada hari yang sama juga, Abdullah Badawi mengumumkan ADUN Pangkor, Zambry Kadir dilantik sebagai Menteri Besar setelah mendapat perkenan Sultan.

6 Februari: Zambry Kadir mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak.

13 Februari: Ds Nizar mengemukakan permohonan di mahkamah Tinggi bagi mendapatkan perisytiharan bahawa beliau masih merupakan Menteri Besar yang sah.

Di atas adalah sebahagian daripada kronologi peristiwa rampasan kuasa di Perak. Apa yang jelas, Najib merupakan pemainn yang paling aktif. Tajol Rosli diarahkan untuk meletak jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak untuk memudahkan Najib melakukan rampasan kuasa di Perak.

Sebenarnya, urusan untuk membeli ADUN-ADUN Pakatan sudah dimulakan lama sebelum itu tetapi sebelum merampas Perak, Najib merampas dulu jawatan Penegrusi Badan Perhubungan Umno Perak dari Tajol Rosli untuk meraih kredit diatas kejayaan “merampas” Perak dari Pakatan Rakyat.

Sayang sekali, ketika Najib berjumpa Sultan untuk mengemukakan nama Menteri Besar, dia dipintas oleh Pak Lah yang mahukan Zambry. Zambry bukanlah pilihan Najib sebaliknya Najib mahukan Hamidah Osman. Najib keluar istana pukul 4.40 petang manakala Pak Lah pula memasuki istana jam 5 petang.

Itu sebabnya mengapa sampai sekarang, Zambry masih lagi bermusuhan dengan Hamidah. Zambry boleh kata bahawa Bn mempunyai peluang yang cerah untuk mempertahankan kuasa yang dirampas di Perak, tetapi hakikatnya, Zambry sendiri belum pasti sama ada akan dicalunkan di DUN ataupun di Parlimen.

Tapi itu masalah Umno. Mampuih pi la.

Krisis Fasa 1.

Secara hakiki, benih krisis di Perak bermula pada tengah malam 8 Mac 2008, sebaik saja keputusan PRU 12 diumumkan. BN tidak memperolehi majoriti untuk emmbentuk kerajaan negeri. Pada malam itu, Umno telah mengorak langkah untuk mencipta krisis. Mereka menghubungi pemimpin-pemimpin utama Pas memujuk untuk membentuk kerajaan campuran Umno-Pas atau Bn-Pas. Ramai tokoh telah digunakan oleh Umno untuk memujuk Pas menerima pelawaan itu.

Antara yang berperanan ialah Mufti Perak, Harussani Zakaria. umno juga menggunakan Mufti wilayah Persekutuan dan Mufti Kedah untuk memujuk Ustaz Ahmad Awang. Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak, Ir. Nizar Jamaluddin yang menanag di Pasir Panjang diasak dengan pujukan supaya menyertai Umno bersaam sekurang-kurangnya seorang ADUN Pas untuk membolehkan Umno terus berkuasa. Malah zambry sendiri bersungguh-sungguh menawarkan jawatan Menteri Besar kepada Nizar sekiranya Nizar dapat membawa ADUN-ADUN Pas menyertai BN. Nizar merupakan pemimpin paling tinggi dalam hirarki Pas Perak yang menang kerusi DUN pada masa itu.

Pas tetap berpegang kepada persefahaman asal bersama PKR dan DAP yang terjalin sejak sebelum pilihanraya. Persefahaman itu kemudiannya secara resmi dinamakan sebagai Pakatan Rakyat pada penghujung Mac 2008.

Selama lapan hari, Umno terus memujuk ADUN Pas dan ADUN melayu PKR dengan bermacam-macam janji dan tawaran sehingga saat akhir menejlang tarikh angkat sumpah Menteri besar pada 17 Mac 2008. Sepanjang tempoh kritikal itu, Emno memaksimumkan provokasi melalui semua media massa yang mereka kuasai. Provokasi itu bermatlamat memisahkan PAS daripada DAP dan PKR. Jika usaha itu berjaya, Umno akan mendapat semula peluang menubuhkan kerajaan, walaupun secara berkongsi dengan PAs. Pada petang 16 Mac 2008, mimpi Umno berkecai apabila kenyataan media pejabat DYMM sultan Perak mengesahkan majlis angkat sumpah Menteri Besar “bukan” Umno akan berlangsung di Istana Iskandariah keesokan ahrinya. Krisis Fasa Satu bikinan Umno berakhir dengan kegagalan.

Sebagai persiapan.awal mengekang usaha Umno menjerat ADUn Pakatan Rakyat melompat parti, semua aDUN PKR dan DAP mencapai satu persetujuan secara sukarela untuk menandatangani surat perletakan jawatan yang tidak bertarikh berdasarkan akujanji, “Sekiranya keluar atau melompat parti, maka berkuatkuasalah surat perletakan jawatan itu secara resmi”.

Kewujudan surat itu bersrta butiran perinciannya tidak dihebahkan kepada umum kerana tiada keperluan untuk berbuat demikian. ADUN Pas tidak terlibat dengan akujanji ini keranan telah berbai’ah sebaik saja menerima perakuan kebenaran parti untuk bertanding dalam pilihanraya. Bai’ah tersebut lebih daripada merangkumi maksud akujanji dan surat yang ditandatangani oleh ADUN PKR dan DAP.

bersambung…..


Friday, June 29, 2012

Kalo ini calonnye, ngelejatle ameno ...

Saifuddin Nasution, calon PR Parlimen Kulim Bandar Baharu?

N. Surendran, calon PR Parlimen Padang Serai?

Wednesday, June 27, 2012

Khadam Pertama Mesir


Isteri Presiden Mursi, Puan Najla' Mahmud mengulangi pendirian beliau sebelum ini menolak gelaran 'Wanita Pertama' untuk dirinya. Beliau turut mengulangi ucapan suaminya semalam bahawa Presiden tidak memiliki apa-apa hak melainkan kewajipan yang mesti ditunaikan yang berbeza dengan rakyat yang mempunyai hak sambil menggelarkan dirinya sebagai 'Khadam Pertama' bagi menggantikan gelaran 'Wanita Pertama'.

Kata Najla' lagi, sesiapa boleh memanggilnya dengan "Ummu Ahmad" atau "Saudari Najla" atau juga "Hajah Najla" sambil mengingatkan bahawa Islam tidak pernah membezakan antara satu sama lain....

Monday, June 25, 2012

Teman udah kabo jangan usik Rafizi, tapi ameno biyut ..

Itule Fuad Zarkashi, sape sughuh kocah budak ini. Sekaghang kome tunggu ajele pelantak dia .. silap haghi bulan, ameno 1 Malaysia gheben tebin ..

Sunday, June 24, 2012

YB Tai, mike buat ape kat longkang tu ... ce bawak sabit ato piso penebaih

Contoh gambar yang tidak disiarkan, tapi disiarkan juga di Media Perak ..





Friday, June 22, 2012

Cughi mace labun Pak Ngah Yop Kider dengan kawan mayanye...

Ayam daging dighopekan macam oghang ameno ... patutle senang bebeno kite nyemelih deme ni


Tanpakman
Salam yob, oghang kite sekaghang ni dah jadi ayam dagin. Duduk dalam gheban, makan, ayor dan tempat duduk selamat. Dalam gheban, pagornya kukuh. Musang, biawak tak bulih masuk. Haghi2 makan cukup. habih di tambah. Tak perlu susah payah. Tapi ayam kg kene caghi makan sendighi.. kaih sane,kaih sini. cakor sane, cakor sini. musoh kelilin. manakan musangnya, biawak, jebon, ulor dan macam macam lagi. Tak macam ayam daging senang lenang dan dah tentu selamat..

Tapi ayam dagin ni cukup mase akan dibawak naik loghi pergi kuale lumpor, ingatkan nak pegi melawat kuale lumpor. Ghopenya ke Pasor Boghong untuk disembelih.

Ayam kg tadi belum tentu bulih di jinakkan dgn segenggam gandum. Dia tau selama ini caghi makan kene kaih sendighi. tup tup oghang tabor gandum , mesti ada yang tak kene. jadi die takkan ghapat dek gandum segenggam tu.Jadi kalu nak tangkap untuk buat lauk kene kejor kelilin kampong, itupun belum tentu dapat tangkap.

Itulah nasib ayam dagin, lastnye kene sembelih dalam baik........macam itu juge nasib oghang melayu, kene tipu dgn oghang melayu juge..........

Pak Ngah Yop Kider
Assalam Tanpakman....tengkiyu le komen mike....ate oghang emeno yang mike teget jadi ayam dagin tu yekkkk...aje ngan bebeno. Oghang pah bukan takat macam ayam kg je...tapi ayam utan pun boleh jadi juga. Jadi le oghang yang ceghodek dan beghiman....alkesohnya...ye dokkk.




Thursday, June 21, 2012

Sengeh je dia .. mesti ade strategi ni .. siaple ameno oiii

Rafizi ni bijak kome. Otaknye gelige. Oghang bijak tempatnye hanye dalam PR. Yang tak bijak pule begayutle pade ameno. Ini bukan teman kate, Tun Madey yang kate.

Apabile Rafizi letak jawatan CEO Ekonomi Selango, teman seghonok yaamat. Teman seghonok sebab dia ade strategi .. strategi yang lagi cepat dan bekesan untuk munuh ameno. Tapi kalo ameno tak usik Rafizi, frustle Rafizi .. Apa lagi ameno, cepatle usik Rafizi tu!

Wednesday, June 20, 2012

WWW1 : Sultan murka, rakyat semakin sayang, UMNO gelisah ...

MB Nizar semasa kempen PRK Bukit Gantang

Itule kome ameno, elok2 dia mintak mahap atas kesalahan yang bukan kesalahan, kome pegi repot polih. Sekaghang sape yang susah? Ameno juge yang susah ...   

Monday, June 18, 2012

Keme ghakyat juge yang salah ...

Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menulis dalam twitternye,

"Saya rasa sedih dan kesal. Kenapa hanya orang Melayu sahaja yang cuba menjatuhkan Raja? Kenapa bangsa lain tak ada buang masa membuat benda bodoh dan lebih fokus terhadap untuk berjaya dalam hidup".

"Saya nak tengok apa akan jadi kepada Melayu kalau negara yang kita sayang ini jadi macam Singapura. Kalau dah susah, jangan sibuk nak mencari Raja".

Saturday, June 16, 2012

Bekas Setiausaha DUN Perak masuk PAS?

Abdullah Antong Sabri selaku Setiausaha DUN Perak sedang memasuki dewan sebelum tercetusnya peristiwa Speaker Sivakumar diangkat dan dikurung dalam sebuah bilik.

Jika berita ini benar, mampus ameno kerana episod perampasan kuasa di Perak ada dalam kepalanye ..

Thursday, June 14, 2012

Hantu takut garam, amenopun takut garam ..

Pesan oghang2 tuwe, "Kalo budak jantan jalan2 waktu malam jangan lupe paka kepiyah supaye senang mengga penangga. Penangga amat takut pade kepiyah. Ato bawakle ape2 besi macam paghang ato paku walopun udah kaghat, geghenti hantu tak berani ngocah deme yang ade megang besi".

Juge pesan oghang2 tuwe kepade cucu pompuan, "Kalo kome jumpe hantu, angkatle kain sampa ke pinggang, kalo hantu tak laghi, kome senang laghi".

Ade satu lagi pesan oghang2 tua, kalo bawak paghang, oghang tawu. Tangkap dipolih nanti. Kalo angkat ato selak kain, malu. Nanti ade yang nampak. Lainle kalo udah jadi opah. Make bawakle gagham baghang segengggam taghuh dalam poket .. hantu tak beghani dekat ...

Hantu takut gagham, amenopun takut gagham ..

Kesimpulannye, hantu adalah ameno dan ameno adalah hantu ...

Tuesday, June 12, 2012

Meleleh ayo liyo ...

Ijo kuning kome oiiii .. oghang ameno bukannye suke kala ini. Biole deme jaki pade kite. Ate ape lagi, mohle kite nampe deghoyan di Peghak ... tapi kene bawak ayo minum bebanyak. Minum dalam empulo. Kalo idak badan nanti ghase tak semiyak ...

Sunday, June 10, 2012

Berita baik kepada warga asing yang keluar mengundi dalam PRU 13

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada warga asing yang mengundi dalam pilihan raya akan datang akan dikenakan tindakan sekiranya kerajaan Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan.

Katanya, warga asing tersebut tidak boleh "merampas" pilihan raya kali ini kerana golongan tersebut tidak layak mengundi.

Anwar mengulas dakwaan bahawa warga asing diberikan hak mengundi dalam usaha untuk memanipulasi keputusan pilihan raya akan datang.

Bercakap dalam satu program dialog di Petaling Jaya hari ini, Anwar berkata notis sewajarnya akan diberikan kepada golongan yang didapati telah diberikan kerakyatan dengan tidak sah, sebelum kerajan pakatan mengambil tindakan.


Saturday, June 9, 2012

WWW1

Wow wow wowwww ...

Thursday, June 7, 2012

Dengkinye teman pade oghang2 Kelantan ..

Di Peghak puwah nak dapat ghope ini ..

Tuesday, June 5, 2012

Tilam Toto Pak Ngah Yop Kider Palimen Kuale Kangso .. siri last kome oiii

Udoh 2 haghi Pak Aa tak nengok kelibat Jaeh. Pasei ape tak nogheh2 si Jaeh ni....ghungut Pak Aa....sakit ke dia. Eeeiii..kalu tak nogheh mau mati kebulo Jaeh anok beghanok ni...apa nok dikokoknya...bukan ada koje lain...Pak Aa teghuih meghungut sengsoghang. Balik tu singgoh kedei kopi...hagham tak ada juga. Tanya Chu An...dia pun hagham tawu...
Kat ghomoh Jaeh.....udoh 2 haghi dia meghap kat ghomoh....
Tengho haghi tu walopun coce ghedup ghope semalam...tapi pada Jaeh teghase paneh membako...ngingatkan dia di naye dan dimalukan kat dewan haghi tu....teghase bageikan menyighap2 daghoh dia nengok kelaku Kusin. Tebayang dia nengok gelok nyengingei gusi Kusin sambei besalam dengan YB....ghase nok dighodok-ghodoknye dgn piso getoh.  Gampang celake hagham jadoh...habih tepacui daghi molot Jaeh. Seingat dia udoh nok betimbun toto peri dapat di Kusin laki bini. Sampei deme boleh bejuwe kat oghang lain...itu belum kain batik...beghaih, gule dan seknike bende..... ase dapat mesti laki bini....sampei bejuwe pulok tu....
Malam tu.....
Jaeh keluwo nyoghok2....meli ghokok......mujo sapoh pun kawannye tak betembung......
Tapi tak dan dia nyetat.moto.....Kusin nyape daghi belakang sambei ngulo salam.....
ghhhaaihhhh tttuiihhh....Jaeh bekohok dan laju meludoh tangan Kusin.....
deghah2 dia nolok moto dengan  gia dua Jaeh nongkoh moto supayan injen idup pasei engko motonye seperin udoh loih....brrrummmmm injen idup....Jaeh kelam kabut melompat moto teghuih mecut .......pueh hati aku.....gampangggg kamu Kusin....hatinye meghomit tak beghenti.
Esoknye.....lepaih nogheh....macam biasa kat simpang tepi sungei lata......
"Engkuh2nye ghope itu penghangei deme.....aje ngan hawo betoi....malu awok......kesian oghang betine awok...ngidam dia nok kan tilam toto tu...." Jaeh bisin ngabo pada Pak Aa.
"Kali ini awok nekad.... ngundi kali ini tobat awok  laki bini nok mangkoh bn lagi.....bio awok  tak ngundi tak ngape....adik awok 2 oghang....mok apok awok pun awok sughuh jangan mangkoh deme lagi....hangin betoi awok.....lillahitaala   awok habo ni...mike saksinya Pak Aa...." Jaeh besungguh beno ghopenye.
"Udoh2 le Jaeh....ate kalu kamu tak nok mangkoh bn....kamu nok mangkoh apa pulok...." Pak Aa ngusik Jaeh...
"Tak ngundi pun tak apa...apa heghan....awok motong getoh juga....ghaghap ghete deme ghope gampang peghangei deme"....Jaeh tak habih lagi maghohnya.
"Tak ngape le Jaeh....kat ghomoh teman ade 4 lima biji toto....hadioh kawin si Udin ghetu ada 2....Si Lela dapat cabutan betuwoh tempat kojenya pun ada 2 biji....hagham bepakei sangat pun....kaghang balik nogheh singgoh haaa ambit 2 biji.....bukan ada sape nok makeinye sangat pun...." Pak Aa teghase kesian pada Jaeh. Pak Aa pun memang tawu si Jaeh ni memang miskin....anok ada ghamei...tegolek je ateh simen kalu deme tido....dia ponoh le sekali tu betandang malam pasei nok ngajok Jaeh nyuluh ayam utan.
" Ate kok ijok ke maghoh...kalu awok ngambit.kaghang"....celoh Jaeh sambei nyeghongin kembang atinya sikit....
" Eiisshhhh....ijooook...ambit le....kok kamu tu bukan heghannye sangat benda2 ghope itu".........
" Mekasih le Pak Aa.... kaghang awok datang le dengan bini awok......tapi awok bebeno ni Pak Aa awok tak mangkoh deme lagi...adik beghadik dan mok apok awok pun awok laghang mangkoh deme"....besungguh beno Jaeh.
Petang itu.......
Sampei le Jaeh dengan bini dan anok keciknye....bertandang ghomoh Pak Aa.
Seingatnya ini kali kedua dia masuk ghomoh Pak Aa. Sekali dulu masa kawin si Udin....dia ligat nolong keghoje kawin.
Elok masuk je....tecegat dia nengok gambo oghang beseghoban....becheghomin mata....mata kecik mengenung lembut.....
"Ha apa yang kamu tecegat kat situ duduk le Jaeh...." Pak Aa melawa Jaeh.
"Gambo sape ni Pak Aa....sejuk je ati awok nengokye...."
Pak Aa saja buat tak tawu...Pak Aa kona ke labun lain...." ate ngape pasei tilam toto je kamu meghajuk tak nok mangkoh bn lagi Jaeh....' Pak Aa sesaje ngejah hati Jaeh....
" Aje ngan iye Pak aa...awok peras sangat....tu yang tawo ati tu.....kali ini tak kighe pase toto ke apa ke....tapi awok ijok lagi...tobat lahum tak mangkoh deme doh....." Jaeh besungguh lagi.
"Ate kalu gitu kamu ikut macam aku le.....ce kamu tengok gambo tu.....teman memang suka nengok gambo tu...tenang je ati teman...tu pase teman mangkoh bulan...itu le gambo tok gughu nik aziz...mb kelantan....ustaz lagi...oghang alim.....tak ponoh pun teman ghaghap toto, begahaih, gule deme...tapi idup teman ghope ni le...toto ghejeki bagi dek oghang pun tak tepakei...." Pak Aa nyeghat hati Jaeh..... Jaeh.....tediam....
" Ate mana toto yang kata nok magi Jaeh tadi moknye wehhhhh....bawok kemaghi....
Sebelum melangkoh keluwo....Jaeh besalam...." mekasih Pak Aa....ate awok.. mangkoh ghope mike le Pak Aa....bini awok...adik awok...mok apok awok....kighe sekali le tu....insyaAllah Pak Aa...kume mangkoh bulan kali ini.....salammelekom..."Jaeh bebunga atinye sambei ghepit sebiji soghang dengan bininye toto beghi dek Pak Aa....
"Alhamdulillah....betamboh lagi undi bulan insyaAllah...."  Pak Aa teghase betape seghonok nye bebayo dengan ungkapan Jaeh tu ...."kume mangkoh bulan kali ni".....

habehhhh....


*** Sape sangke ghezeki Allah .. haghap dapat satu toto tapi penyudahnye dapat dua toto .. 



Saturday, June 2, 2012

Pas nipu ... 100,000 konon

Yang beria nangkap gambo ghumput tu bejadah ape? Tengin. Oghang dengan ghumputpun tak boleh nak beza ... kome tahu ke idak yang itu ghumput tengah bebunge .. Kedah la ni musim bunge kome oii