Friday, April 3, 2009

DSAI, UMNO ambil Perak, PR mesti ambil Malaysia

Lengkaplah sudah teori RAHMAN. Sempurna dan lancar sebutannya. Mematikan terus segala ramalan dan jangkaan yang menidakkan RAHMAN adalah hak milik terpelihara UMNO. Sejumlah 81 AP PR yang mewakili 49.71% pengundi dalam PRU12 begitu kecewa. Segala usul berkaitan PM baru di parlimen telah ditolak mentah-mentah oleh speaker. Bahkan ada AP yang digantung sehingga 12 bulan tanpa gaji kerana amat biadap kepada PM baru. Begitu juga PR telah gagal dalam usaha akhirnya memohon perkenan kepada YDPA supaya ditangguhkan dahulu majlis angkat sumpah PM baru. Suara 49.71% pengundi telah tidak mendapat perhatian sama ada di parlimen ataupun di istana.

PR harus sedar dan segera faham bahawa ‘tiang gol sentiasa diubah’. Perlembagaan yang ditatang boleh dilanggari secara anarki oleh BN. PR usah berharap sangat kepada mana-mana badan pemerintahan selagi BN memerintah. Harapan hanya kepada rakyat. Harapan melalui pilihanraya. PR harus memastikan lebih 70% pengundi mengundi PR dalam mana-mana pilihanraya. Sekiranya lebih 70% pengundi mengundi PR, barulah PR berpeluang menguasai parlimen. Sekiranya hanya 60% sahaja pengundi mengundi PR, BN masih boleh mengelat dan menafikan kemenangan PR.

Sebentar tadi PM baru dalam ucapan sulungnya telah memberi ‘gula-gula’ khas kepada PR. Harakah dan Suara Keadilan tidak lagi dihalang penerbitannya. Seramai 13 tahanan ISA dibebaskan serta merta. Terima kasih PM baru. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Namun disebalik rasa sedih dan kecewa 49.71% pengundi di Malaysia di atas perlantikan PM baru ini, UMNO lebih sedih lagi kerana RAHMAN telah sampai di penghujung usia. Tiada jaminan PM 7 akan menjadi milik UMNO. Penanda aras jawatan PM telah berakhir dengan perlantikan PM baru. Rakyat cuma menanti detik dan tikanya, bilakah akan berakhirnya tempoh pemerintahan PM baru? Mungkin esok, mungkin lusa atau mungkin sehingga PRU13.

Sebelum PRU12 Tun Daim telah mengingatkan UMNO, yang UMNO akan kehilangan kuasa di empat negeri selain Kelantan. Masyarakat Cina yang terkenal dengan budaya tilik dan ramalan ‘Ying dan Yang’ juga begitu yakin bahawa BN akan lemah dalam PRU12. Dan BN tidak lagi berkuasa selepas PRU13. Kepercayaan masyarakat Cina ini telah disambut dan diiyakan oleh Tun Madey selepas PRU12 yang lalu.

Kepada DSAI. DSAI adalah pemimpin utama PR. DSAI pernah menyebut bahawa lebih 30 AP BN bersedia menyokong DSAI mengambil alih pemerintahan di Malaysia. DSAI juga ada menyebut akan mengambil alih pimpinan negara secara aman. DSAI mahu mengikut perlembagaan negara. DSAI mahu mengusulkan undi tidak percaya di parlimen. Usaha dan usul DSAI telah ditolak oleh speaker. Rakyat masih menanti dengan penuh sabar. DSAI telah cuba melakukan jalan yang terbaik untuk mengambil alih kerajaan. Tetapi usaha DSAI masih gagal.

Tidak bolehkah DSAI secara senyap bawa semua 30 AP BN dan 81 AP PR + MB Nizar mengadap YDPA dengan menyatakan bahawa PR telah cukup korum untuk memerintah? Kaedah ini seolah-olah sama dengan rampasan kuasa oleh UMNO di Perak. Tetapi hakikatnya, DSAI telah mencuba mengusulkannya di parlimen. Manakala UMNO langsung tidak pernah membawa usul undi tidak percaya di sidang dewan.

DSAI, UMNO ambil Perak, PR mesti ambil Malaysia. Jangan tunggu sehingga PRU13.



5 comments:

  1. molek benar cadangan tuan hamba tu...

    ReplyDelete
  2. abg mamamat..
    ada kenai sapa thinktank belakang DSAI?
    link atas tu saja nak jatuhkan kredibiliti org. bukan salah apa pun si zul tu nak layan metal. tuh la bodoh percaya metro. apa yang dihidang, semua sebat. dah dalam perut baru tau tak halal.

    ReplyDelete
  3. free download comparative religion debate

    english.truthway.tv

    by sheikh ahmad deedat

    ReplyDelete