Saturday, June 29, 2013

Calon PAS untuk PRK DUN Kuala Besut ... UAI ato RKB

 Ustaz Azhar Idrus

YB Raja Kamarul Bahrin

Teman oghang Peghak. Bile sebut je PRK Ganu, teman teghuih tebayang ghope Ustaz Azhar Idrus dan YB Raja Kamarul Bahrin, AP Kuala Terengganu. Teman tak nampak yang lain dah. Kalo nampakpun cume YB Wahid Endut je, tapi YB itu udah jadi YB DUN Ganu.

Antaghe dua calon di ataih, antaghe Ustaz Azhar dan Raja Bahrin, teman lebih beghat kepade Raja Bahrin. Kalo menang dan suletan pule bekehendak, Raja Bahrin boleh jadi MB. Pengundi Kuala Besut bukan saje dapat YB baghu tapi juge MB baghu ... baghule haghu bighu jadinye ameno ... 

Kalo UAI, pengundi lelaki cukup bekenan tapi pengundi pompuan entah ...

Tak ke gitu kome oiii ....?

Friday, June 28, 2013

PRK .. selepas DUN Terengganu, DUN Perak pula

Dalam tempoh masa PRU12, berlaku PRK di Parlimen Kuala Terengganu. Tidak sampai tiga bulan, PRK di Parlimen Bukit Gantang. Kuala Terengganu yang asalnya milik BN telah dimenangi oleh PAS, manakala Bukit Gantang kekal milik PAS.

Adakah cerita lama akan berulang lagi? Adakah PRK DUN Kuala Besut mencipta sejarah baru apabila keputusannya memihak kepada PAS dan tiga bulan selepas itu ada PRK di Perak ... DUN Perak yang bermula dengan 'kuala' ialah DUN Kuala Kurau dan DUN Kuala Sepetang atau Parlimen Kuala Kangsar ... atau mungkin juge DUN2 lain yang bekait dengan kuale sepegheti Ayo Kuning, Lubuk Meghobo, Sunga Ghapat dan Sunga Manik ...

Oppss .. mane pulak kuale, kene bukitle. Kalo dedulu Kuala Terengganu ke Bukit Gantang .. maknenye sekaghang daghi Kuala Besut ke Bukit Chandan ... ato yang ade ighap2 macam bukit?

Macam Changkat Jong ato Changkat Jeghing ...
 
Isk, tak sio teman jadi YB. Elok2 jadi YB, dikauikan di deme mati pulak ...

Monday, June 24, 2013

Tuesday, June 18, 2013

24.6.13 : Kuli PM, Anwar TPM?

Perdana Menteri Malaysia ke-7? 

Monday, June 17, 2013

Senarai 60 Petisyen PRU13 : PR 39, BN 21 (?)

PR telah memfailkan 39 petisyen iaitu 24 parlimen dan 15 DUN. BN pula memfailkan 21 petisyen iaitu 6 parlimen dan 15 DUN. Tidak ada petisyen yang difailkan di PERLIS dan NEGERI SEMBILAN.

KEDAH
1. Parlimen Merbok - PKR
2. Parlimen Kulim Bandar Baru - PKR

PULAU PINANG
3. Parlimen Balik Pulau - PKR

PERAK
4. Parlimen Tapah - PKR
5. Parlimen Bagan Datoh - PKR
6. Parlimen Bagan Datoh - PKR
7. DUN Selama - PAS
8. DUN Rungkup - PAS
9. DUN Manong - PAS
10. DUN Lubuk Merbau - PAS
11. DUN Pasir Panjang - PAS
12. DUN Manjoi - PAS

SELANGOR
13. Parlimen Sabak Bernam - PKR
14. Parlimen Kuala Selangor - PAS
15. Parlimen Sungai Besar - PAS

KUALA LUMPUR
16. Parlimen Setiawangsa - PAS
17. Parlimen Titiwangsa - PAS
18. Parlimen Lembah Pantai - BN
19. Parlimen Batu - BN

MELAKA
20. Parlimen Bukit Katil - BN
21. DUN Bukit Baru - BN

JOHOR
22. Parlimen Batu Pahat - BN
23. Parlimen Labis - DAP
24. Parlimen Pasir Gudang - PKR
25. Parlimen Tebrau - PKR
26. Parlimen Muar - PKR
27. Parlimen Segamat - PKR
28. Parlimen Pulai - PAS
29. Parlimen Ledang - PKR
30. DUN Gambir - PAS
31. DUN Mahkota - PAS
32. DUN Nusajaya - PAS
33. DUN Penggaram - BN
34. DUN Parit Yani - BN
35. DUN Stulang - BN
36. DUN Puteri Wangsa - BN


PAHANG
37. DUN Cameron Highlands - DAP

TERENGGANU
38. DUN Hulu Besut - PAS
39. DUN Kuala Berang - PAS
40. DUN Teluk Pasu - BN
41. DUN Rantau Abang - BN

KELANTAN
42. Parlimen Ketereh - PAS
43. Parlimen Machang - PKR
44. Parlimen Bachok - BN 
45. DUN Kok Lanas - PAS
46. DUN Ayer Lanas - PAS
47. DUN Selinsing - PAS : 10/7/13 - Batal (PAS bayar RM30k)
48. DUN Jelawat - BN
49. DUN Mengkebang - BN
50. DUN Gaal - BN
51. DUN Manek Urai - BN

SARAWAK
52. Parlimen Baram - PKR
53. Parlimen Sarikei - BN

SABAH
54. Parlimen Kota Marudu - PKR
55. Parlimen Beaufort - PKR
56. Parlimen Pensiangan - PKR

Petisyen yang tidak dapat dikesan?
57. DUN ? - BN
58. DUN ? - BN
59. DUN ? - BN
60. DUN ? - BN

Monday, June 10, 2013

Mohd Azlan bin Mohd Sharif : Petisyen PRU13 - Edaran Segera

Siaran media
Edaran segera

PETISYEN PILIHAN RAYA PERLU DITANGGUHKAN, BORANG 16 DI 727 KERUSI BUKTI UTAMA KESAHIHAN WARTA PRU13

Esok (10 Mei 2013) adalah hari terakhir kepada mana mana calon PRU13 yang berhasrat memfailkan petisyen pilihan raya di semua mahkamah tinggi di negeri masing masing. Pihak SPR telah mengeluarkan warta PRU13 pada 22 Mei 2013 dan memberi masa 21 hari daripada tarikh warta. Saya MOHD AZLAN BIN MOHD SHARIF telah membuat TUJUH (7) laporan polis pada 30 Mei 2013 dan 6 Jun 2013 di Balai Polis Klang bagi menyiasat undi hilang, salah kira undi, maklumat yang telah berubah,perbezaan kertas undi yang dikeluar di parlimen dan dun, kerusi parlimen dan dun berbeza maklumat sebelum dan selepas diwartakan, tindakan untuk anggota polis yang cuai dan kesilapan dalam warta corrigendum. Kemudian, warta corrigendum dikeluarkan pada 31 Mei 2013 dan hasil kajian saya kemudian mendapati terdapat TUJUH (7) kecacatan pada warta PRU13 iaitu:

1) 641 KERUSI YANG TERDAPAT PERBEZAAN MAKLUMAT ANTARA SEBELUM DAN SELEPAS DIWARTAKAN CORRIGENDUM PEMBETULAN
2)617 KERUSI BERBEZA UNDI DIKELUARKAN
3) 422 KERUSI BERBEZA UNDI DIKELUAR DAN DARI TIADA KEPADA ADA UNDI HILANG
4)189 KERUSI BERBEZA UNDI DIKELUAR DAN UNDI HILANG
5) 40 KERUSI BERBEZA MAJORITI
6) 9 KERUSI BERBEZA PEMILIH
7) 36 KERUSI BERBEZA UNDI DIPEROLEHI CALON

Oleh itu, saya menggesa pihak SPR dan Pejabat Peguam Negara mengkaji semula tempoh masa petisyen bermula 31 Mei 2013 bermula tarikh corrigendum diwartakan bagi memberi masa kepada calon PRU13 membuat persediaan rapi. Sebenarnya warta PRU13 hanya boleh dibeli pada 27 Mei 2013 (6 hari menunggu mendapatkan warta rasmi dari 22 Mei 2013) dan warta corrigendum hanya mula dijual pada 5 Jun 2013 (5 hari menunggu dapat warta corrigendum dari 31 mei 2013). Oleh itu calon hanya ada 10 hari untuk bersedia berbanding 21 hari yang ditetapkan dalam undang undang.

Pada pandangan saya, pihak polis dan pihak mahkamah (melalui petisyen pilihan raya) boleh membuktikan wujud undi hilang iaitu 52,972 undi (sebelum warta : 65,286/selepas warta 22 mei 2013: 53,045) memandangkan sepanjang PRU13 lalu tiada tangkapan berhubung kes pengundi membawa keluar kertas tetapi semua fakta ada di dalam Borang 16 dan warta keputusan PRU13 yang digazetkan. Hanya di 3 DUN yang tiada undi hilang iaitu DUN Sungai Acheh(Pulau Pinang), Banggi (Sabah) dan Labuk (Sabah).

Menurut Seksyen 3(1) (h) dan Seksyen 6 (2) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, di mana undi dibawa keluar tanpa keizinan satu kesalahan jenayah.Saya berharap pihak polis dapat menyiasat kes jenayah ini tanpa campurtangan politik dan pihak SPR memberi kerjasama sepenuhnya termasuk memberi salinan borang 16 di 727 kerusi PRU13 kepada pihak berkuasa bagi membuktikan kesahihan warta keputusan PRU13. 
Sekian terima kasih

Sunday, June 9, 2013

Anak sudah, emak bapaknye bile lagi?

Kalaulah Dr. Siti Hasmah dan Dr. Wan Azizah  boleh duduk bersama macam ini

Bayangkanlah jikalau Dr. Mahathir dan Anwar boleh sebegini rupa ...

Rasional kenapa PRU13 boleh batal


Maklumat rasmi keputusan pru13 telah dua kali berubah iaitu pada 22 mei 2013(warta pru13) dan 31 mei 2013(warta corrigendum) Yang menghairankan saya bagaimana boleh keputusan pru13 berbeza dengan pengumuman pegawai pengurus pada hari pengundiaan 5 mei 2013.Alasan tidak rasmi oleh SPR(wartawan kanan bagitau saya) iaitu kerani tersalah key in atau salah kira akibat salah tekan kalkulator tidak masuk akal.Menanti jawapan bertulis SPR berdasarkan surat saya pada 7 Jun 2013 lalu.

Jenayah membawa keluar kertas undi seperti dinyatakan dalam Seksyen 3(1)(h) dan seksyen 6(2) AKTA KESALAHAN PILIHAN RAYA 1954 perlu digunakan bagi membuktikan dakwaan saya.SPR perlu bertanggungjawab apabila perkara berlaku.
7 laporan polis saya adalah bagi memudahkan pihak berkuasa menyiasat dan mendakwa sesiapa yang melakukan "jenayah" ini.

Berikut butiran rumusan analisa saya.

i)UNDI ROSAK (BAGI 727 KERUSI)

SEBELUM WARTA (KEPUTUSAN 5 MEI 2013)=323,353 UNDI
SELEPAS WARTA (22 MEI 2013)=326,668 UNDI
SELEPAS CORRIGENDUM(31 MEI 2013)=326,707 UNDI

ii) UNDI HILANG/TIDAK DIKEMBALIKAN.UNDI DIBAWA KELUAR DARIPADA SALURAN UNDI (727 KERUSI=222 PARLIMEN DAN 505 DUN)

SEBELUM WARTA (KEPUTUSAN 5 MEI 2013)=65,286 UNDI
SELEPAS WARTA (22 MEI 2013)=53,045 UNDI
SELEPAS CORRIGENDUM(31 MEI 2013)=52,972 UNDI


Mohd Azlan Mohd Sharif

Saturday, June 8, 2013

PRU 13 batal?

KUALA LUMPUR 8 JUN: Seorang pengundi menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan kehilangan 62,286 undi atau ia tidak dikembalikan dalam data yang dipamerkan.
Tuntutan itu dibuat oleh Mohd Azlan Mohd Sharif, seorang pengundi di P146 Muar melalui suratnya kepada Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof semalam, 7 Jun.“Saya membuat analisis terperinci dan menemui terdapat 62,286 undi hilang atau tidak dikembalikan

Hal ini menyebabkan saya serius untuk bertanya kepada pihak SPR selepas mendapatkan warta PRU13 nanti,” kata Azlan dalam suratnya.
Menurut Azlan, beliau dapat membeli warta PRU13 di Kedai buku Pencetakan Nasional Malaysia Berhad, Jalan Satu, Chan Sow Lin pada 27 Mei 2013 (walaupun diwartakan pada 22 Mei 2013) dan Corrigendum PRU13 pula beliau beli pada 5 Jun 2013 (diwartakan 31 Mei 2013).
“Saya sangat terkejut dalam analisa saya pada 27 hingga 30 Mei 2013 mendapati 53,045 undi hilang (berdasarkan warta PRU13 pada 22 Mei 2013), salah kira undi, maklumat yang berubah, perbezaan kertas undi yang dikeluarkan di Parlimen dan DUN dan kerusi Parlimen dan DUN berbeza maklumat sebelum dan selepas diwartakan.
“Saya mengetahui warta corrigendum pada 31 Mei 2013 apabila mencari maklumat di website pejabat peguam negara iaitu http://www.federalgazette.agc.gov.my/,” katanya.
“Sehubungan itu, saya ingin mendapatkan penjelasan pihak Yang Berbahagia Tan Sri berkenaan KEBANYAKAN MAKLUMAT DALAM WARTA KEPUTUSAN PRU13 (22 MEI 2013) DAN CORRIGENDUM KEPUTUSAN PRU13 (31 MEI 2013) BERBEZA DENGAN PENGUMUMAN OLEH PEGAWAI PENGURUS (mengikut BORANG 16-Borang Keputusan Pertandingan) pada 5 Mei 2013,” kata Azlan dalam suratnya seperti dilapor Harakah Daily.
Surat itu turut diberikan salinan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam). ~keadilandaily

Delegasi Monggolia mahu jawapan kematian Altantuya



Saturday, June 1, 2013

Bagus idea ni ... tempat2 lainpun kena ikut buat

Secara tak langsung kita tahu yang kerajaan KERUSI itu adalah kerajaan POS