Tuesday, April 30, 2013

29.4.13, Parit .. Tun Musa Hitam telah direntap turun ...

Telah diturunkan oleh SPR sebelum pukul 11.00 malam dengan alasan Tun Musa Hitam tidak bertanding di Parit

IPOH: Pengerusi Lajnah Undang-Undang PAS Pusat, Asmuni Awi menggesa semua jentera parti mengabaikan arahan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menurunkan billboard berkaitan kenyataan Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam.

Menurutnya, billboard yang memaparkan kenyataan Tun Musa Hitam yang mengatakan bahawa “Negara tidak akan bangkrap jika Pakatan Rakyat memerintah” itu tidak melanggar sebarang etika pilihanraya yang dikeluarkan oleh SPR.

Jelas beliau, PAS persoalkan etika mana yang SPR gunakan untuk menghalang PAS menaikkan billboard kenyataan Tun Musa Hitam tersebut.

Asmuni berkata, Peraturan 7.6 (a) Tata Etika Pilihanraya hanya melarang pemasangan billboard yang mengandungi slogan, karikatur atau apa-apa bentuk penyampaian mesej yang berbentuk sindiran dan mengejek sahaja.  

“Tetapi apa yang dinyatakan oleh Tun Musa Hitam itu merupakan satu kenyataan fakta. Kenyataan tersebut merupakan satu bentuk pengakuan dan pengiktirafan beliau terhadap kebaikan tawaran-tawaran yang kita tawarkan di dalam Manifesto Pakatan Rakyat”, jelas beliau.

“Kenyataan itu juga bukanlah satu kenyataan fitnah dan menyerang serta tidak menyakitkan hati mana-mana pihak kerana kita tidak paparkan pun nama UMNO dalam Billboard itu”, jelas beliau lagi.

Tegas Calon PAS Dun Manjoi itu, kenyataan Tun Musa Hitam itu merupakan satu sangkalan terhadap dakwaan pemimpin-pemimpin tertinggi Umno-BN termasuk Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyidin Yasin yang sebelum ini pernah menyatakan bahawa sekiranya Pakatan Rakyat diberikan mandat untuk memerintah, negara akan menjadi bangkrup.

Tambahnya lagi, SPR tidak mempunyai sebab untuk mengarahkan agar Billboard tersebut dicabut kerana kenyataan yang dipaparkan tersebut merupakan kenyataan ahli politik dan dibuat kepada awam.   

“Tun Musa Hitam adalah seorang ahli politik dan merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri, maka kenyataannya itu boleh diambil oleh mana-mana pihak.

Tegas Asmuni, kenyataan Tun Musa Hitam itu bukanlah kenyataan yang dibuat secara tertutup tetapi dibuat dalam majlis umum yang dihadiri oleh orang awam dan telah disebar luas termasuk oleh akhbar Sinar Harian.

“Oleh itu, mana-mana pihak berhak untuk mengambil kenyataannya itu terutamanya Pakatan Rakyat kerana ia merupakan satu pengiktirafan terhadap Manifesto Pakatan Rakyat.

“Perkara seperti ini turut dilakukan oleh BN misalnya di pilihanraya kecil Galas dan Bagan Pinang yang mana BN telah menggunakan secara meluas gambar Najib menziarahi Tok Guru Nik Aziz di hospital sebagai bahan kempen pilihanraya mereka di sana. 

"Kita tidak boleh menghalang perbuatan mereka itu kerana ia merupakan kejadian yang benar,” jelasnya lagi.

Oleh itu, beliau yang juga AJK PAS Pusat mempersoalkan di bawah undang-undang dan peraturan mana pihak SPR mengarahkan agar billboard tersebut perlu diturunkan.

“Saya tidak nampak satu pun undang-undang dan peraturan yang memberi bidangkuasa kepada pihak SPR untuk mengeluarkan arahan tersebut. 

"Kuasa yang ada sekarang ini diberikan kepada pihak pemantau yang dibentuk oleh pihak SPR yang anggotanya terdiri daripada wakil-wakil parti, pihak polis dan PBT,” jelasnya lagi.

PAS katanya hairan kenapa pihak SPR boleh mengambil alih tugas pasukan penguatkuasa tersebut sedangkan tiada sebarang undang-undang dan peraturan yang membenarkannya.

- PerakiteDaily

Sunday, April 28, 2013

28.4.13 .. Konvoi sokong PAS anjuran masyarakat India Parit

Bergambar bersama Ustaz Ismi, calon P69 Parit sebelum memulakan konvoi

Bergambar bersama Dr. Najihah, calon N38 Belanja

Kome janganle res ...

UMNO konvoi malam-malam, PAS konvoi siang-siang

Ini kalilah ...

Dr. Najihah turun berkempen bersama ibu tercinta ...

27.4.13 .. Tuan Guru Haji Hadi di Arena Square Kuala Kangsar

Teman tak sempat pegi tapi kate deme2 yang pegi, inile ghopenye .. kome pikiole sendighi

Friday, April 26, 2013

26.4.13 .. Jalan-jalan ke Pekan Parit

Bendera besar atas kepala menjadi tarikan PRU 13      

Perang bendera sebaik sampai ke Pekan Parit

Jam besar mercu tanda Pekan Parit

Keyakinan Tun Musa Hitam dipamerkan pada dinding luar kedai kopi

Calon PAS P69 Parit merupakan ustaz muda lulusan Jordan

Tetamu luar yang datang ke Parit ...

Sunday, April 21, 2013

21.4.13 .. Anwar Ibrahim di Kuala Kangsar

Ucapan Khalil Idham Lim, calon PAS Parlimen Kuala Kangsar di Chandan Puteri sementara menunggu ketibaan DSAI

6.30 ptg, Anwar Ibrahim tiba dan terus berucap. Jikalau PR memerintah, harga minyak akan turun mulai Selasa, 7.5.13. 

Hadirin terus berasak mahu melihat wajah DSAI secara dekat walaupun dalam keadaan tanah licin dan becak kerana sebelum itu hujan turun dengan lebatnya

Sdra. Abd Monen, Setiausaha MTD Bukit Chandan menunjukkan isyarat Insya Allah menang ...

Veteran Cikgu Ya dan isteri berlindung hujan di bahagian belakang pentas

Saturday, April 20, 2013

20.4.13 .. Suasana penamaan calon di P67 Kuala Kangsar


Penyokong PR lebih ramai berbanding BN

Gelombang Biru kekurangan wanita

Calon PKR DUN Bukit Chandan, Fathmawaty Salim (bercermin mata)

Calon PAS Parlimen Kuala Kangsar, Idham Lim mengaminkan doa sebelum memasuki pusat penamaan calon

Calon PAS DUN Manong (berbaju hijau), Jamil Dzulkarnain

 Sabar menunggu pengumuman calon

Tidak banyak bendera

Calon Bebas P67, Datuk Kamilia Ibrahim tidak turut serta pada majlis pengumuman

Calon PAS DUN Manong ... di belakang, calon BN DUN Manong sedang berbual dengan calon PKR DUN Bukit Chandan

Calon-calon UMNO mengadakan sidang akhbar selepas diumumkan sebagai calon Parlimen Kuala Kangsar (Wan Khairil Anuar), DUN Manong (Kamil Shafie) dan DUN Bukit Chandan (Maslin Sham Razman)


Calon Bebas DUN Bukit Chandan, Jahidin Isa

Bakal calon PAS PRU 14, Sdra. Ku Is

Friday, April 19, 2013

Yesss ...

Roket udah sampa ke bulan kome oiii
Ade mate tengok, ade dacing lesing

Pesanan khas dari wanita untuk wanita


Tuesday, April 16, 2013

Calon PKR Negeri Perak



Parlimen
P58 Bagan Serai - Dr Muhammad Nur Manuty
P61 Padang Rengas - Meor Ahmad Ishaara Ishak
P63 Tambun - Siti Aishah Shaikh Ismail
P71 Gopeng - Lee Boon Chye
P72 Tapah - Vasantha Kumar Krishan
P73 Pasir Salak - Mustaffa Kamil Ayub
P74 Lumut - Laksamana (B) Mohamad Imran Abd Hamid
P75 Bagan Datok - Madzi Hasan
P77 Tanjung Malim - Tan Yee Kew

P62 Sungai Siput - belum dimuktamadkan kerana Dr. Jeyakumar berkeras mahu menggunakan lambang PSM.

DUN
N01 Pengkalan Hulu - Mejar(B) Abdullah Masnan
N02 Temengor - Mohd Supian Mordin
N03 Kenering- Mohd Tarmizi Abdul Hamid
N04 Kota Tampan - Zahrul Nizam Abdul Majid
N07 Batu Kurau - Mohd Fadzil Alias
N09 Kuala Kurau - Abdul Yunus Jamhari
N10 Alor Pongsu - Rosli Ibrahim
N13 Kuala Sepetang - Chua Yee Ling
N24 Hulu Kinta - M.A Tinagaran A/l Arumugam
N34 Bukit Chandan - Fathmawaty Salim
N39 Bota -  Zulkifly Ibrahim
N42 Tualang Sekah -  Baldip Singh al Santokh Singh
N44 Simpang Pulai - Tan Kar Hing
N45 Teja - Chang Lih Kang
N46 Chenderiang - Amani Wiliams Hunt Abdullah
N48 Sungai Manik - Osman Abdul Rahman
N52 Pangkor - Mohd Saifullah Mohd Zulkifli
N54 Hutan Melintang - S Kesavan
N59 Behrang - Brig. Jen. (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khattab

N35 Manong - calon belum dimuktamadkan walaupun PAS telah umumkan Jamil Zulkarnain sebagai calonnya (sebagai pertukaran dengan DUN Changkat Jering).

Sunday, April 14, 2013

Nak tulihpun seghebe salah ...

PKR ke, PAS ke, ikut suke komele nak calonkan sape .. teman tetap ABU. Kelaku hakap tamak halobe udah ade pade PR. Pesan teman, kalo udah menang jangan kate yang kome itu kuat. Kome jadi kuat sebab keme ini masih ABU ....

Wednesday, April 10, 2013

Najib tak nyesa ke?

Bubar 3/4   RABU = Rakyat Akan Buang UMNO
Penamaan Calon 20/4   SABTU = SeMalaysia Akan Baiah Tolak UMNO
Mengundi 5/5    AHAD = Akurlah Hari Akhir Dacing  

Sunday, April 7, 2013

Istidraj Maharaja Beruk .... malam ini di UTP

Persembahan teate yang dipimpin oleh Dr. Shark ini telah ditunda kepada 6 dan 7 April 2013. Kepada kome yang nak tengok, teghutame yang tingga dekat2 UTP Tronoh, pegile tengok. Bawak duit RM7.00 soghang. Teman udah tengok. Kisah cincin ade, kisah kitab ijopun ade  ... macam2 ade .. Penyokong ameno amat dialu2kan untuk pegi tengok teate  ini, tetapi tetap juge kene bayo ...

Manakale kome yang duduk di Kolumpo pule boleh tengok di Taman Budaye Kolumpo pade 22 dan 23 Jun 2013.

Tahniah kepade Dr. Shark, pelakon dan semua yang terlibat dalam menjayakan persembahan teate ini.


Lain2 maklumat tambahan sila baca di http://tronohtheatershop.blogspot.com/