Wednesday, December 29, 2010

Kome iyo bebeno ...

Niat teman satu je .. ghapatkan lagi hubungan Malaysia - Indonesia.
Dan untuk ghakyat Malaysia dan Indonesia, malam ini moh kite tengok bola di RTM ...

Friday, December 24, 2010

PR dan Putrajaya : 100 hari 10 janji dikota

1. Mereformasikan institusi SPR, SPRM, Pejabat Peguam Negara dan PDRM untuk mengembalikan kewibawaan sistem pentadbiran kerajaan.
2. Memansuhkan ISA.
3. Mengarahkan Khazanah Berhad, KWSP dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol.
4. Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.
5. Mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang guru sebagai penghargaan guru pendidik bangsa.
6. Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan.
7. Menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.
8. Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.
9. Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20%.
10. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di Sabah.

Udah seminggu dah .. ameno kate nak jawab tapi tak jawab2 lagi ..

Thursday, December 23, 2010

Buku Jingga .. bila ameno nak jawab ni?

Petikan daripada Buku Jingga

Ekonomi Malaysia terus kekal di takuk lama sejak krisis kewangan Asia Timur 1997/98. Selepas sedekad berdepan dengan kelesuan ekonomi, Malaysia kini ditinggalkan jauh oleh negara-negara seperti Korea Selatan, Taiwan dan Singapura sementara kita juga diancam oleh jiran serantau seperti Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam.

Bukti-bukti kelesuan ekonomi Malaysia yang diuruskan oleh UMNO

1. 12 tahun berturut-turut kerajaan Malaysia mengalami belanjawan deficit

2. 10 tahun berturut-turut Malaysia gagal mencapai sasaran pertunbuhan ekonomi

3. 4.7% purata pertumbuhan ekonomi 2001 – 2005, sedangkan sasaran adalah 7.5%

4. 4.2% purata pertumbuhan ekonomi 2006 – 2010, sedangkan sasaran adalah 6.0%

5. KDNK adalah lebih kecil dari KDNK Singapura bermula dari tahun 2009, kali pertama dalam sejarah ia berlaku

6. 325 bilion ringgit wang PETRONAS diambil antara tahun 2007 – 2010. Ini bermakna purata setahun adalah 81.25 bilion ringgit

7. 53.3% adalah kadar hutang Negara berbanding KDNK dalam tahun 2009, melonjak naik berbanding kadar 35.1% dalam tahun 1998

8. 3 kali ganda peningkatan perbelanjaan kerajaan yang ditampung oleh wang PETRONAS dan hutang, dari RM68 bilion (1998) kepada RM214 bilion (2010)

Akibatnya Malaysia jatuh 26 anak tangga dalam indeks integriti institusi awam dalam Laporan Daya Saing Global oleh World Ekonomic Forum dari tahun 2007 ke 2009

Nasib kita sebagai rakyat ..

1. 2.6% purata kenaikan gaji rakyat Malaysia antara tahun 2000 – 2010, berbanding 3.2% purata kenaikan gaji dunia (termasuk negara-negara miskin)

2. 4% penurunan kuasa beli pengguna jika dibandingkan nisbah gaji dan inflasi antara tahun1990 – 2009

3. 40% dari rakyat Malaysia berada dalam lingkungan isi rumah yang berpendapatan kurang dari RM1,500 sebulan, menjadikan mereka golongan paling miskin di Malaysia

4. 3 dari 4 keluarga yang berada dalam kategori ini (golongan paling miskin) adalah keluarga Melayu/Bumiputera

5. 34% dari pekerja Malaysia (dianggarkan seramai 4 juta orang) dibayar gaji kurang dari RM700 sebulan, iaitu bayaran di bawah paras kemiskinan

6. RM4 bilion adalah subsidi makanan (gula, gandum, beras) yang ditarik balik oleh UMNO/BN, berbanding RM19 bilion subsidi gas kepada penjana bebas dan RM4 bilion pampas an kepada konsesi lebuhraya setiap tahun

7. RM19 bilion subsidi diberikan kepada penjana bebas milik kroni setiap tahun, berbanding hanya RM11 bilion subsidi minyak kepada rakyat

8. RM466 bilion hutang peribadi yang ditanggung oleh isi rumah rakyat Malaysia, paling buruk di Asia

Kenapa jadi macam ini?

1. RM28 bilion kerugian yang ditanggung Negara setiap tahun akibat ketirisan, penyelewengan perolehan dan rasuah yang berleluasa

2. 3 kali ganda hasil Negara hilang melalui rasuah berbanding yang dibelanjakan untuk subsidi minyak rakyat

3. 4.4 skor dalam kedudukan Indeks Persepsi Rasuah Negara tahun 2010, sedangkan sasaran UMNO/BN adalah 4.9. Skor ini lebih rendah dari tahun 2009

4. 46% dari rakyat ditinjau oleh Transparency International menyatakan bahawa gejala rasuah semakin berleluasa dalam tahun 2010 berbanding tahun 2009

Krisis Pendidikan

1. 57 anak tangga dalam senarai Laporan Pembangunan Dunia UNDP 2010 mengenai kadar pembangunan insaniah di dunia, jauh ditinggalkan Korea Selatan (12), Hong Kong (21), Singapura (27) dan Brunei (37)

2. 68.7% sahaja rakyat Malaysia yang menamatkan pendidikan menengah antara tahun 2001 dan 2009, berbanding Korea Selatan(96.4%), Brunei (88.2%) dan Hong Kong (75.2%)

3. 1 orang dari setiap 4 orang rakyat Malaysia tercicir dari pendidikan menengah dan tidak menamatkan pendidikan menengah antara tahun 2001 – 2009

4. 29.7% sahaja rakyat Malaysia yang memasuki alam pendidikan tertiari, berbanding Korea Selatan (96.1%)

Isk .. iskk ..

Tuesday, December 21, 2010

Fauzi Muda masuk KITA?

Baguih juge mike dan lain2 yang lompat masuk KITA .. lagi cepat KITA tumpo

Friday, December 17, 2010

Koje Allah sape yang tahu ...

Woww ... memang ameno boleh. Haghi ini deme gantung empat MP PR selame enam bulan. Tujuannye supaye senang deme minde dan luluskan usul untuk menambahkan bilangan kawasan ngundi di Sabah dan Sarawak. Lantak komele.

Tut2 malam ini dikhabokan soghang ADUN deme udah meninggei dunia di Johor. Al-fatihah untuk dia. PRK lagi kite weh. Memang susah untuk PR menang di Tenang. Tapi kalo PR boleh menang, gheben teben le ameno 1 Malaysia.

Tapi ameno haghuih ingat mungkin ade pulak di kalangan MP deme yang akan meninggei dunia sebelum Mac 2011. Kene pulak MP deme tu daghi Kelate dan Ganu ataupun Pahang. Lebih paghah lagi kalo MP tu menang copoi2 dalam PRU yang lalu. Dan kene pulak dalam PRK tu nanti, ameno kalah. Make hajat deme nak dapatkan sokongan dua pertige dewan tak kesampaian. Kesian ...

Eh, negeghi mane lagi yang belum ade PRK? Tinggei tige je, iaitu Melake, Peghelih dan Pahang, Pahang?

Entah2 singgah di kuale dulu. Kalo PRK di kuale, bolehle teman ngundi ...

Sunday, December 12, 2010

1Malaysia, susah rakyat didahulukan, penderitaan diutamakan ..

Teman tak nak tulih panjang2 ...

Ameno kate ghege RON95 dan ghege diesel tak naik tahun 2010. Tut2 tak sampei sebulan lagi nak ke tahun 2011, udah dinaikkan pulak. Ape punye janji. Sah dan sah ameno kojenye nipu ghakyat. Heghan teman ngapele oghang ameno masih pecaye pade janji PM 1Malaysia ni? Di mulut deme bising maghahkan PM deme, tapi tangan deme idak juge sio mangkah PR.

Tadi teman pegi paso malam. Macam biase teman meli ayo nyo. Udah naik dua kupang? Weii, bukanke diesel naik lime duit je? Ngape naik sampei dua kupang? Bla bla bla ....

Teman gheke ceghite ke?

Friday, December 10, 2010

Teman mengadu kasih di ... mengadu?

Teman udah balik tapi teman nak megholoh kejap ...

Thursday, December 2, 2010

Lantikle Cikgu Ismail Yusop jadi boss PKR di Perak

Konggegheh PKR telah selesei. Yang keluo dan yang tak keluo mengundi udah tahu sape pemenangnye. Tak tahule teman same ade deme udah mesyoghat buat kali petamenye. Haghap2 udah. Kalo belum, kena buat juge dalam minggu ini.

Teman nak belabun hei PKR Peghak je. PKR Peghak sebenonye takle sekuat mane kalo nak dibandingkan dengan PAS dan DAP. Walopun tak kuat, tetap ade kelebihannye. Kelebihan PKR ialah mampu mendampingi ameno. Itupun kalo betui gayenye. Tapi deme pulak melompat ke ameno.

Antaghe sebab PKR lemah di Peghak ialah pengeghusi pehubungannye lemah. Sepanjang yang teman tahu dan paham, semuenye gagei mewujudkan hubungan baik dengan pimpinan PAS dan DAP Peghak. Arwah Cikgu Khalil Shah, abang MB Niza tidak meseghe dengan PAS walopun adiknye MB Niza oghang kuat PAS.

Haji Osman Pasio Salakpun gagei. PAS dan DAP tidak menghomatinye. Begitu juge dengan yang tekini, Mustapa Kamil Ayob yang lebih bewatak bando daghi kampung walopun asei usuinye daghi kampung. Penyudahnye dia kalah kepade oghang yang lebih bemasalah.

Semase Cikgu Maei Bukit Gantang mengetuai PKR Peghak, PKR Peghak lebih betenage. Kengkawan pimpinan PAS dan DAP Peghak kelihatan lebih selese beughusan dengan Cikgu Maei. Tetapi sayang entah di mane silapnye, tetibe jawatannye dilucutkan di tengah jalan untuk membeghi laluan kepade Haji Osman yang seteghuihnye membuke laluan kepade ghampasan kuase ... Selepaih itu hubungan baik PKR dengan PAS dan DAP kembali meghudum.

Pade pendapat teman, PKR Peghak udah takde calon lain selain melantik semule Cikgu Maei mengetuai PKR Peghak. Lagipun Cikgu Maei udah jadi MPT PKR. Lantikle cepat untuk memudahkannye menyambung kembali tugaih yang belum selesei dalam PR Peghak.

Oppsss .. teman mintak mahap keghane menulih dalam keadaan tegese2. Teman nak pegi main saleji ... jumpe lagi minggu depan