Saturday, February 28, 2009

Mana satu yang betul .. berita mStar atau berita Dango

Berita asal daripada mStar

TAIPING 28 Feb.: Keputusan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak memanggil sidang tergempar Selasa ini merupakan tindakan bertentangan dengan Perlembagaan Negeri, kata Menteri Besarnya, Datuk Dr Zambry Abd Kadir.

Selain bertentangan dengan Perlembagaan Negeri, Zambry yang dilantik sebagai Menteri Besar awal bulan ini berkata, keputusan Sivakumar juga bertentangan dengan undang-undang dan peraturan DUN.

Sehubungan itu tegas beliau, Sivakumar hanya bertindak sebagai demi kepentingan partiny.

Sebaliknya jelas Zambry, Speaker itu seharusnya bertindak objektif kerana beliau sewajarnya mengetahui akan peraturan DUN.

Kemungkinan selepas ini, kata beliau, Sivakumar akan melakukan perkara-perkara lain yang bertentangan dengan Perlembagaan.

Zambry menyatakan demikian kepada pemberita selepas melancarkan jentera pilihan raya Barisan Nasional di Dewan Melor, Changkat Jering di sini hari ini.

Semalam, V. Sivakumar berkata, beliau akan memanggil satu sidang tergempar dewan itu pada 3 Mac ini bagi membincangkan dua notis usul yang diterimanya berhubung krisis peralihan kuasa kerajaan negeri itu.

Usul pertama daripada ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim Abdullah daripada PAS, adalah bagi dewan menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar, manakala usul kedua oleh Chang Lih Kang (PKR-Teja) memohon supaya dewan itu dibubarkan untuk membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

Menurut Sivakumar, sidang tergempar itu tidak memerlukan perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah terlebih dahulu kerana notis 14 hari hanya perlu dikeluarkan dalam keadaan DUN bersidang biasa dan bukannya untuk sidang tergempar.

Katanya, arahan telah diberikan kepada Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong untuk menghantar notis secepat mungkin kepada semua ADUN bagi menghadiri sidang tersebut.

_______

Berita Dango

KUALA KANGSAR 28 Feb.: Tindakan TPM Najib mengadap Sultan Perak untuk merampas kuasa di Perak merupakan usaha yang bertentangan dengan Perlembagaan Negeri, kata Menteri Besarnya, Datuk Seri Ir Nizar Jamaludin.

Selain bertentangan dengan Perlembagaan Negeri, Nizar yang dilantik sebagai Menteri Besar selepas PRU 12 berkata, tindakan TPM Najib jelas bertentangan dengan undang-undang dan peraturan DUN.

Sehubungan itu tegas beliau, TPM Najib hanya bertindak sebagai menjaga kepentingan parti UMNOnya.

Sebaliknya jelas Nizar, TPM Najib itu seharusnya bertindak lebih bertamadun kerana beliau sewajarnya lebih mengetahui akan peraturan DUN.

Kemungkinan selepas ini, kata beliau, TPM Najib kan melakukan perkara-perkara lain yang bertentangan dengan Perlembagaan.

Nizar menyatakan demikian kepada pemberita selepas memberi penerangan terhadap isu-isu rampasan kuasa di Markas PAS Sayong, Kuala Kangsar hari ini.

Nizar memaklumkan bahawa semalam V. Sivakumar telah memanggil satu sidang tergempar dewan itu pada 3 Mac ini bagi membincangkan dua notis usul yang diterimanya berhubung krisis peralihan kuasa kerajaan negeri itu.

Usul pertama daripada ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim Abdullah daripada PAS, adalah bagi dewan menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar, manakala usul kedua oleh Chang Lih Kang (PKR-Teja) memohon supaya dewan itu dibubarkan untuk membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

Nizar telah diberitahu bahawa sidang tergempar itu tidak memerlukan perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah terlebih dahulu kerana notis 14 hari hanya perlu dikeluarkan dalam keadaan DUN bersidang biasa dan bukannya untuk sidang tergempar.

Semua ADUN Perak telah dimaklumkan secara notis oleh Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong untuk menghadiri sidang tersebut.


1 comment:

  1. ha3 dua-dua betul2 yang tak betulnya ko lah penulis blog ni,...ha3..lu fkirla sendiri..

    ReplyDelete